Archive Page 3

05
Sep

Jiwang…

Aku menginginkan mu

Mendampingi aku

Saat langit runtuh kebumi

Saat derita melewati jiwa

Saat sakit menempuh hidup…

Aku menginginkanmu

Mencurah kasih sayangmu

Biar menyuburi hati yang kering, kosong dan kontang

Moga mampu kuberharap pada hidup lagi…

Aku menginginkamu

Datang lagi dalam hidupku…

02
Sep

Tuliskan kesedihan??

Aku cukup tertarik dengan 2 patah perkataan pertama dalam lagu Hapus Aku dari Nidji ni. Bolehkah kesedihan ditulis? Menurut pemahaman aku, kalau nak tulis hal-hal yang sedih biasanya orang luahkan dalam diari aje. Masalahnya aku tak menulis diari pun selama ini. Dan menurut pemahaman aku juga, kesedihan tu cuma boleh dirasakan oleh orang yang sedih. Anyway, aku nak cuba jugaklah tuliskan kesedihan aku.

Antara kesedihan yang aku rasakan sehingga aku menaip ialah…

  1. Teringatkan mantan aku dan semua kenangan selama bersama dia. Takyah cakap banyak-banyak, biar aku je rasa sendiri
  2. Teringat wajah-wajah yang mengaku best friend tapi akhirnya kena tikam jugak dengan diorang ni
  3. Teringat muka mak aku kalau dia bagi nasihat kat aku dalam waktu aku betul2 "patah"
  4. Teringat keluhan ayah aku disaat dia luahkan rasa kekesalan dia tak dapat temankan mak aku disaat mak aku betul-betul memerlukan dia (sebab bapak aku sakit kronik)
  5. Teringat wajah mantan dan bakal mantan orang-orang yang mengaku akrab dengan aku disaat mereka mengadu kat aku pasal pasangan masing-masing (kesian diorang..serius aku kesian)
  6. Teringat wajah Uwan aku kalau dia bercerita pasal almarhum atuk aku

Nak aku simpulkan kat sini, kesedihan tu terlalu kompleks dan panjang ceritanya untuk diceriterakan. Jadi bagi aku, lebih baik kesedihan tu aku rasai sendiri.

So Nidji, korang tulislah pulak kesedihan korang.

04
Jul

Tua…

Aku tak sedar yang aku ni dah tua. Umur dah nak mencecah 27 tak lama lagi. Aku asyik pikir yang masa masih panjang untuk aku padahal aku dah meningkat tua dan masih mencari-cari apakah pengertian sebenar tentang penciptaan aku dalam alam ni.

Apa yang sebenarnya aku dah capai dalam kehidupanku setakat ini? Apakah fungsi aku dalam kehidupan yang kita kongsi bersama-sama selama ini?  Aku pun tak tahu. Mungkin aku harus mula untuk mencari sebuah pengertian dalam kehidupan aku, ataupun biarkan berlalu semua tu dan terus hidup bahagia tanpa memikirkan apa-apa.

Aku bingung.. tolong aku kawan-kawan.

03
Jun

Bakso atau nasi lemak?

Nasi lemak adalah makanan rasmi Malaysia. Bakso adalah makanan rasmi negara jiran kita.

Nasi lemak ada pelbagai jenis versi yang selalu kita jumpa. Tapi yang wajib ada dalam satu bungkus nasi lemak adalah nasi, sambal, kacang, ikan bilis dan timun. Kalau bayar lebih sikit, boleh dapat sotong, ayam, daging dan macam-macam lauk lagi. Sedap ke? Bergantung pada gerai yang menjualnya.

Berbeza dengan bakso yang cuma ada mi, campuran sos, sayur-sayuran dan bebola daging serta sup. Sepanjang aku makan bakso, tak pernah aku jumpa menu tambahan dalam bakso tu. Kalau ada pun aku masih belum jumpa. Sedap ke bakso? Sedap.

Kenapa bakso sedap? Sebab sifatnya sedap. Kenapa nasi lemak kurang sedap? Mungkin sebab aku dilambakkan dengan bermacam-macam nasi lemak yang dari berbeza gerai tapi mengandungi formula yang sama. Mungkin nasi lemak yang lebih mahal (sebab ada beraneka lauk) lebih sedap tapi lepas tu poket aku merana la pulak.

Cuba kaitkan dengan industri muzik kita. Berikan aku jawapan yang aku cari. Kenapa aku lebih suka bakso berbanding nasi lemak?

03
Jun

Mana yang kau pilih?

Hidup bahagia atau hidup penuh erti, mana yang akan kau pilih?

Kita boleh hidup bahagia dengan melupakan kisah lalu dan mengabaikan perancangan masa depan. Dengan melupakan kesedihan lampau dan kepayahan memikirkan masa depan, kita boleh selalu hidup bahagia tanpa masalah.

Kita boleh mencapai kehidupan yang bererti andainya kita merenung kembali masa silam kita yang lalu dan merancang sebaiknya untuk masa depan yang lebih baik.

Jadi yang mana akan kau pilih?

17
Feb

Ku temukan sebuah jawaban…

10 tahun menjejak dan mencari,

10 tahun menunggu dan menanti,

kini kau kembali menyapa hidupku,

dengan kebahagiaan yang pasti buat dirimu,

akhirnya ku temukan sebuah jawaban,

kau tercipta bukan untukku,

tak kusesali apa yang terjadi antara kita,

kerna ku yakin dengan perancanganNya,

aku bukan yang terbaik untukmu,

dan kau juga bukan yang terbaik untukku…

23
Dec

Surat terbuka untuk pengusaha rangkaian telefon bimbit di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syabas saya ucapkan untuk anda semua yang telah berjaya mengongkong kebebasan pengguna anda semua untuk menggunakan perkhidmatan anda semua. Saya yakin selepas ini akan lebih berjaya misi pihak berkuasa memantau dan mengawal "kelakuan tidak senonoh" pengguna-pengguna telefon bimbit di Malaysia dengan langkah yang telah dijalankan dan disarankan oleh anda bertiga.

Cuma saya berasa sedikit terkilan dengan sikap pihak anda bertiga. Persaingan yang agresif antara kalian bertiga benar-benar memperbodohkan rakyat Malaysia yang sedia kala bodoh. Penawaran harga yang terendah untuk perkhidmatan kalian semua benar-benar mengecewakan saya sebagai pengguna.

Kita ambil contoh kadar panggilan terendah. Saudara Maxis pernah menawarkan kadar panggilan serendah 39sen pada kadar rata. Setelah sekian lama mendominasi, saudara Digi pula datang dengan selambanya menawarkan kadar terendah sebanyak 38sen pada kadar rata. Lawak apakah ini? Mampukah satu sen membawa perubahan kepada kita? Kemudian Saudara Maxis membalas kebodohan Digi dengan memperbodohkan lagi rakyat Malaysia dengan kempen "Kalau tahu mengira, anda pasti menggunakan Maxis". Kalau tahu mengira? Kenapa harus perbodohkan kami hingga ketahap itu? Bodoh sangat kah kami rakyat Malaysia ni?

Berkenaan dengan IDD pula, ini benar-benar mengecewakan saya. Satu masa dahulu, untuk panggilan ke Indonesia CELCOM pernah menguasai medan ini dengan penawaran harga sebanyak 99sen seminit. Maxis cuba menyaingi dengan harga 85sen seminit. Digi pula tak mampu menahan godaan cabaran ini dan terus bersaing dengan harga 84sen seminit (1sen lagi?) Kemudian CELCOM mengambil langkah berani dengan menawarkan 45sen seminit (yang mana ini memberikan perkhabaran gembira buat pemanggil-pemanggil tegar ke Indonesia seperti saya..hehe). MALANGNYA… kualiti panggilan sangatlah mengecewakan. Sambungannya putus-putus, tak jelas dan kadangkala tak kedengaran langsung perbualan dengan penerima panggilan dari Indonesia. Apakah penurunan harga ini membawa maksud para pengguna CELCOM harus mengorbankan keselesaan mereka untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang disayangi di sana? Siapa boleh jawabkan soalan ni?

Apa pun, saya berharap para pengusaha rangkaian telefon bimbit di Malaysia tolong jangan aniaya pengguna telefon bimbit di Malaysia. Ikhlaslah dalam menjalankan perniagaan anda. Jangan fikir anda cuma bertiga, disokong oleh orang paling kaya di Malaysia, disokong kerajaan atau apa-apa sajalah…anda boleh buat sesuka hati tanpa memperdulikan kepentingan pengguna anda.

Tanpa pengguna, siapalah anda. Kalau tak ada pengguna, sampah pun lebih mulia dari anda bertiga. Fikirkan.

16
Dec

Nonsense

BILA … ADA ADALAH..TIDAK ADA
BILA … APA YANG…KAU TAHU SALAH
BILA … APA YANG…KAU DENGAR BOHONG

APAKAH LANGIT..
MEMANG ADA DIATAS KITA
APAKAH LANGIT..
MEMANG BIRU BIRU WARNANYA
APAKAH LANGIT..
MEMANG BENAR-BENAR ADANYA

TAK ADA KEBENARAN HAKIKI
YANG ADA CUMA HANYA
KAMU DISANA…
DAN AKULAH MILIKMU

KEYAKINAN…AKAN SEBUAH KEBENARAN
BUKANLAH KEBENARAN…
KEBENARAN YANG SEJATI
BILA TAK BENAR…DIUJI KEBENARANNYA

Apa motif aku letak lirik lagu Nonsens kat sini? Aku nak nyatakan sesuatu yang mungkin bisa menyentak ego kita buat seketika.

Apakah maksud kebenaran tu? Apakah kebenaran yang kita pegang tu betul-betul benar? Adakah kebenaran yang kita pertahankan tu benar bagi orang lain? Apakah kebenaran yang kita ketahui selama ini tu akan benar pada esoknya?

Kebenaran tu hal subjektif. Sedangkan mahkamah sendiri tak mampu menyingkap kebenaran yang hakiki. Jadi jangan harapkan aku akan mengakui kebenaran kamu biarpun kamu memiliki sejuta bala tentera yang mendukung kebenaran yang kau propagandakan. Aku juga tak harap kalian membenarkan kebenaran yang aku pertahankan.

Apa yang benar? Janji tuhan kepada kita. Itu kebenaran yang pasti. Fikirkanlah.

10
Dec

Tak Bertajuk II

Arwah atuk aku dulu pejuang UMNO zaman sebelum kemerdekaan. Dia memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita seangkatan dengan Dato’ Onn Jaafar seawal tahun 1946. Perjuangan dia membebaskan tanah air yang aku diami sekarang melalui segala jerih payah seperti mana yang diceritakan oleh datuk nenek kita dan dia menangis kegembiraan waktu laungan merdeka berkumandang diruang udara Tanah Melayu satu masa dulu. Dia adalah hero aku dari dulu sampailah sekarang. Aku mengkagumi kesucian perjuangannya dulu.

Tapi lewat tahun 1993, dia dikhianati oleh UMNO sendiri. Pada waktu politik wang berstatus terhangat dipasaran, dia menjadi mangsa. Seluruh ahli keluarga aku menerima padahnya. Fitnah bertalu-talu menghujani kami. Dan persepsi aku mula berubah.

Sehingga kesaat ini, aku takkan maafkan sebarang pengkhianatan yang berlaku kepada keluarga dan teman-teman yang aku kenali.

Malangnya, hal seperti itu berlaku lagi. Melihatkan nasib temanku saling tak tumpah seperti arwah atuk aku, aku jadi sedih. Peristiwa penggulingan arwah atuk aku bermain difikiran aku kembali.

Sampai bilakah kita harus hentikan kemunafiqan ini?

13
Oct

Percayalah….

"AKU PERCAYA ALLAH"

"AKU PERCAYA ALLAH AKAN BANTU AKU"

"AKU PERCAYA DIRI AKU SENDIRI, TAK ADA YANG LAIN"

Tiga ayat yang ternyata punya definisi berbeza bagi yang memahaminya. Kenapa diadakan 3 ayat? kenapa tak disatukan saja ayat-ayat ni? Sebab tersirat tiga kisah disebalik 3 ayat ni.

Aku percaya Allah. Bulat-bulat kita serahkan kepercayaan kita tanpa mengharap balasan. Ada yang kata bodoh, tapi sekurang-kurangnya iman mereka utuh.

Aku percaya Allah akan bantu aku. Kenapa? Sebab keyakinannya pada satu kuasa yang mengatur alam ni jadi dia buat kesimpulan yang Allah akan membantunya dikala kesusahan (waktu senang macam mana pulak?). Mungkin bisa dianggap kelompok yang opportunist, tapi sekurang-kurangnya mereka tak berpaling pada Yang Pemurah lagi Maha Pengasih. Jadi pada aku, iman mereka masih utuh.

Aku percayakan diri aku sendiri, bukan yang lain. PERGI JAHANAM LA ORANG BANGSAT!! BEST SANGAT KE BERTUHANKAN DIRI SENDIRI??