Author Archive for kobecw



24
Jan

Pengertian namanya…

Bisa memberi bermacam erti.

Nafasku…

Darahku…

Jantungku…

Nyawaku…

Ragaku…

Mutiaraku…

Kemanusiaanku…

Cintaku…

Biar tak punya erti yang nyata, tapi bisa punya sejuta pengertian yang hanya aku yang mengerti.

23
Jan

Komen dari Ramadhan…

Aku dapat komen baru dari Ramadhan, tentang kawen ni la. Kalau dilihat secara kasarnya, kelihatan seperti melawak (sebab Dhan ni memang suke buat lawak). Tapi kalau dinilai secara halus, dalam pengertiannya.

Berbicara tentang perkahwinan (nikah la, ikut bahasa rasmi aku) memang mengundang seribu reaksi dan respon. Aku nak bernikah dengan "dia" dan aku juga berharap "dia" sudi menerima ajakan dari aku. Cuma persiapan diri aku masih belum cukup sempurna dan aku belum cukup bersedia untuk menjadi pengemudi bagi bahtera yang baru ni.

Tambah lagi bila bertemu dengan kebanyakan rakan-rakan yang dah mendirikan rumahtangga, persepsi aku jadi berubah-ubah. Walaubagaimana pun, aku rasa "dia" mampu membahagiakan hari-hariku yang bakal mendatang…Insya Allah.

Bila aku akan nikahi "dia"? Ada duit, jalan terus. Hehehehe.

Oya Dhan, selamatlah kau lalui lembaran baru dalam hidup kau. Moga kebahagiaan kau berkekalan sampai ke akhir hayat.

Dan Shinju, kita serahkan segala-galanya di tangan Yang Maha Kuasa. Dia maha mengetahui segala-galanya dan berdoalah moga aku dan kamu disatukan dengan keberkatan dan keredhaan-Nya.

Insya Allah.

14
Jan

Dia

Dia,

Mengajar aku terbang persis sang Pheonix yang bangkit dari abu,

Memberi aku sebuah pengharapan atas kekecewaan yang lalu,

Membentuk aku untuk melihat sebuah keindahan disebalik setiap keburukan,

Mendidik aku bersyukur atas sebuah kecelakaan,

Membangkitkan aku dari sebuah kematian,

Mempersembahkan aku kegembiraan dari sebuah kedukaan,

Mendirikan kekuatanku atas sebuah kekalahan,

Menjinakkan aku dari sebuah kedegilan.

Dia?

Adalah nafasku…yang bisa ada, bisa pergi.

Ada dan tiada bisa pengaruhi kerukunan sistem tubuhku dan penaakulanku.

Dia?

Pelengkap segala kekuranganku.

Ya, memang dia.

30
Dec

Al-Fatihah

20 Disember 2007, 10 Zulhijjah 1428, 3.33 pagi waktu Malaysia.

Telah perginya seorang…

Suami

Ayah

Atuk

Abang

Anak

Sahabat

untuk bertemu dengan penciptanya. Moga ditempatkan disisi orang-orang yang dikasihi-Nya. Moga terlindung dari segala seksa. Moga dikurnia ketenangan disana.

Moga dicucuri rahmat-Mu keatas rohnya…Amin.

02
Dec

Destin

Si je pourrais sentir votre contact
Si je pourrais vous dire mes sentiments
J’avoir en ce moment
Été a rappelé mes déchirures ?
Les signes de mon coeur sont dans la confusion
En me déplaçant à partir d’une fin à l’autre, je ris de moi
Sans être capable de les recevoir pour être d’accord
Je passerais le jour passager
La réalité commence à tourner loin d’ici
Plus près il vient, plus loin il semble
Le fait d’influencer ça et là comme la mer
Si vous y nagez aussi
Sûrement nous nous rencontrerons dans le temps de destin
En enveloppant vos doigts dans le mien, je vous dirai
De la faiblesse de vie et c’est la beauté
Même si ce monde devait finir
Quand je pense à vous
Quand je peux vous sentir plus près…
Bien que j’aie su
Ces déchirures pour si longtemps
Je vous aime, je vous aime vraiment; mais avec juste ces mots
Plus près il vient, plus loin il semble
Bien que mon amour oscille toujours
Quand je vous tiens serrés
Quand je peux vous sentir plus près…
Bien que j’aie su
Ces déchirures pour si longtemps

16
Nov

Tabir

Tabir itu menghalang kita

Dari menggapai mimpi yang telah tercipta

Tabir itu menyekat kita

Dari menyempurnakan janji yang telah terbina

Tabir itu membutakan kita

Dari menyedari dan memahami realita

Tabir itu gelap, suram dan kelam

Tabir itu menakutkan dan mengerikan

Tabir itu adalah penaakulan mindamu dan interpretasi jiwamu…

Tabir itu bakal memisahkan kita

07
Oct

Tak bertajuk 3

Aku kebosanan, lalu aku selongkar kotak fikiranku. Hmm banyak yang dah terperam dalam otak ni.

Sedang aku keasyikan menyelongkar, terjumpa sesuatu yang dah lama aku tak fikirkan. Las Ketchup. Kemana agaknya mereka sekarang ni? Satu masa dulu cukup popular dengan lagu "Asereje" sampaikan budak-budak umur 2-3 tahun pun boleh hafal gerak tari trademark kumpulan tu. Apa agaknya dah jadi pada kumpulan tu ya?

Aserejé, ja deje tejebe tude jebere
sebiunouba majabi an de bugui an de buididipí

02
Oct

Kehilangan

Berapa lamakah 3 tahun pada kalian? Ada yang jawab sekejap saja, dan mungkin juga ada yang jawab lama jugak. Jadi apakah yang bisa terjadi dalam 3 tahun? Banyak yang bisa terjadi dan mungkin juga sedikit saja yang bisa terjadi.

Hari ni aku kehilangan sesuatu yang begitu dekat dengan aku selama 3 tahun ni. Awalnya aku rasa aku mungkin bisa hadapi kehilangan ini seperti biasa. Ternyata tak semudah yang aku sangkakan.

3 tahun dan sebuah kehilangan. Adakah ini satu proses dalam kehidupan yang perlu aku hadapi berulang-ulang kali selepas ni?

Takkan ada yang abadi…takkan ada yang kekal…

23
Sep

Kejam!!

Aku tak peduli tinggi mana kedudukan kau dalam hierarki masyarakat kita..

Aku tak peduli kau anak orang kaya mana..

Aku tak peduli kau sehebat mana..

Aku tak peduli kau pakai senjata apa..

Tapi aku sumpah kalau terjadi sesuatu pada keluarga aku sepertimana kau perlakukan pada Allahyarham Nurin, aku akan pastikan SELURUH keluarga kau akan terima nasib yang sama.

CELAKA KAU MANUSIA SIAL!! BUDAK TU BELUM KENAL DUNIA LAGI LAH BODOH!!

05
Sep

Lupa

Tawa anak kecil.

Dakapan emak.

Kucupan ayah.

Kicau burung.

Tracy Chapman.

Tower of Power.

Kawan-kawan.

Valentine Roti.

Roadtrip ke Muadzam Shah.

Gunung Senyum.

Jengka.

Basketball.

Keychain.

Hembus bayu.

Tatap bulan penuh.

Burger Malaysia.

Aku terlupa macam mana semua yang aku nyatakan diatas ni mampu buat aku tersenyum balik.

Mungkin nak tersenyum pun aku dah lupa.