Author Archive for kobecw

18
Sep

Hadiah ulangtahun

Hadiah ulangtahun terbaik daripada dia yang mengatakan bahawasanya dia mencintai aku adalah…

 

PENGKHIANATAN!!!

 

Terima kasih banyak-banyak. Aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa untuk menghukum dirimu…menghapuskan dirimu dan keluargamu.

AMIN.

05
Aug

Penat

Aku penat

melayan birokrasi

tak boleh maki

kena jaga pekerti

Aku penat

nak cakap berlapis

semuanya bertapis

tapi isu tak pernah habis

Aku penat

nak jaga hati

pakai topeng hipokrasi

biar majoriti happy

Aku penat

nak buat orang faham

apa yang mereka tak faham

hingga ku gantung kalam

Aku penat

di cap songsang

depan belakang diserang

hanya kerana menyuluh terang

01
Aug

Sakit!!

Badan dah gemuk,

Sarat berpenyakit,

Doktor dah pesan jaga makan jaga diri,

Tak ku acuhkan yang penting selera dipenuhi

Doktor pesan minum air kopi kosong,

Tapi bukankah kopi lebih enak bergulakan korupsi,

Atau berkrimerkan AP,

Paling kurang bersusukan projek kroni

Doktor juga pesan makan roti kosong,

Tapi bukankah roti lebih enak bermentegakan fitnah,

Atau berkayakan kejahilan,

Paling kurang bercecahkan bohong,

Doktor bilang jantung dah rosak,

Kena buat bypass ataupun tukar jantung baru

Jantung reformasi.

21
Jul

Andai kamu mencintai dirinya.

Salam. Lama jugak rasanya aku tak melakar luahan jiwaku disini. Sibuk mungkin? So, apakah relevannya coretanku kali ini dengan tajuk diatas? Mungkin aku sekadar merasa terpanggil untuk mengetik kekunci yang ada di laptop yang kupinjam dari kakak ku ini dan menukilkan tentang cinta.

Cinta. Terlalu universal. Bahkan hampir setiap emosi manusia pasti bertaut tentang cinta. Bahagia? Derita? Suram? Ceria? Namakan apa saja, pasti akhirnya terkait dengan isu cinta. Jadi apakah yang akan aku bebelkan disini?

Andai kamu mencintai dirinya, apa yang patut kamu lakukan untuk membuktikannya? Perlukah cinta dibuktikan, atau sekadar dirasai oleh hati sang pencinta dan yang dicintai sahaja?

Aku bukanlah pencinta terhebat didunia, sehebat para Anbia’ mencintai penciptanya. Tapi aku juga pernah dan sedang merasakan sebuah yang kuat, cukup kuat untuk membuat aku mahu terus hidup dan berharap untuk hidup lebih lama agar aku dapat menikmati pemberian ini, dan cukup kuat juga untuk membuatkan aku tertunduk lesu dikala aku tewas dalam permainan ini. Gumpalan emosi yang bercampur-campur dalam perjalanan aku menerokai cinta menjadikan aku ini diriku yang sekarang.

Aku mencintai tuhanku Allah, junjunganku Rasulullah, Almarhum ayahku, bondaku, kekasihku, saudara kandungku, keluargaku dan teman-temanku. Namun ada persoalan yang selalu ku tanyakan pada diriku. Apakah mereka mencintai aku? Apakah mereka merasakan cintaku? Dan apakah wajar aku dicintai mereka juga?

Gumpalan emosi ini semakin menggebu. Huh!

12
Jun

Al-Fatihah

9 Jun 2008, aku menghadapi sebuah lagi kehilangan. Pemergian Almarhumah Hjh.Azizah bt. Omar menemui penciptanya agak sukar untuk kuterima apa lagi bila kesedihan tentang kepergian Almarhum ayahandaku masih belum pudar.

Beliau yang ku gelarkan Uwan, meninggalkan 11orang anak, 10 orang menantu, 41 orang cucu dan 20 orang cicit, ratusan sahabat handai dan ribuan yang mengenali dirinya.

Mungkin akhirnya Yang Berkuasa mengakabulkan hajat dan doa Uwan selama 10 tahun ini. Akhirnya dia bisa kembali bersatu bersama suaminya yang dikasihi dan dirindui selama ini. Andainya begitu, aku turut menumpang kegembiraannya.

Buat Uwan, aku berharap kau bahagia disisi-Nya. Titipkan salam peluk ciumku buat ayahandaku yang tercinta.

Al-Fatihah buatmu wahai nenda yang dikasihi.

04
May

Ulangtahun Bonda

1 Mei, tarikh keramat yang sentiasa terukir dalam hidup aku. Bukan kerna cuti hari buruh, tapi ulangtahun kelahiran bondaku. Setiap tahun ku raikan hari istimewa ini dengan jutaan kuntuman mawar yang berbunga di hati. Kalau bukan kerna wanita istimewa ini, takkan mampu aku melihat dunia.

Sepanjang 30 tahun juga, hari istimewa ini dikongsi oleh bonda bersama suaminya yang tercinta, kekasih teragung dalam hidupnya, dan semestinya ayahandaku yang terhebat. Perkongsian hidup selama 3 dekad bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Dan aku sedia maklum yang ulangtahun bondalah menjadi hari istimewa untuk kami sekeluarga.

Tahun ini, kesuraman melanda hari ulangtahun bonda. Ketiadaan ayahanda disisinya sedikit sebanyak mencalar keindahan 1 Mei yang sentiasa kunantikan saban tahun. Airmata bonda menitis saat tepat 12malam. Aura suram menyelubungi ruang makan disaat keenam-enam kami selesai mengucapkan selamat untuknya. Cuma bonda kembali senyum melayan keletah Hanan yang turut merasakan kegembiraan 1 Mei.

Tiada hadiah yang hebat mampu kuberikan buat bonda. Cuma doa, perhatian dan kasih sayang sebanyaknya yang kuberikan pada bonda. Andai diberikan sebuah kehidupan yang maha hebat sekalipun untukku, aku tetap ingin berbondakan wanita agung ini.

Buat bonda Hjh. Zainiah Bte Alias, kau begitu sempurna sebagai seorang ibu, isteri, pencinta dan hamba-Nya. Selamat ulangtahun yang ke-52. Moga dikabulkan segala hajatmu wahai bonda tercinta.

Dan aku yakin, "dia" juga mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaanmu dari "sana".

27
Mar

Surat untuk ayahanda tercinta…

Assalamualaikum ayah,

Apa khabar ayah disana? Aku doakan moga ayah bahagia dan senang disisi Dia, yang maha berkuasa. Esok genap seratus hari ayah tinggalkan kami. Aku harap dalam seratus hari ni ayah bisa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mu disana. Tentang kami disini, usahlah ayah risaukan. Alhamdulillah kami dah mulai menyesuaikan diri dengan kehidupan baru kami tanpa adanya ayah disisi.

Ayah,

ternyata memikul tanggungjawabmu dalam mengemudi bahtera keluarga ni bukanlah sesuatu yang mudah. Dan aku kagumi ketabahanmu selama 30tahun melayarinya dengan tenang dan penuh wibawa. Kau tak pernah gambarkan keperitan dan kekecewaanmu disaat dugaan datang melanda. Kau juga tak pernah hentikan senyumanmu disaat-saat derita menjenguk. Dan kau tak pernah kesalkan setiap kesilapan yang pernah aku lakukan, malah kau berikan aku harapan untuk berdepan dengan realiti.

Ayah,

sesungguhnya aku amat merindui dirimu. Aku terlalu merindui dirimu. Kadang terasa bagaikan tak terpikul amanah yang kau tinggalkan padaku ini. Tambah memeritkan lagi, tiada lagi tangan kasar yang mengusap ubun-ubunku dan tiada lagi suara garau yang menenangkan aku disaat aku patah harapan dan terasa kerdil. Segala kekuatan yang ada terkumpul dari pesan-pesan dan amanatmu kepadaku disaat kau masih hidup. Aku kesal kerna tiada kenangan indah disaat hari-hari terakhirmu kerna ketiadaanku disisimu waktu itu. Aku iri dengan semua kenangan yang dimiliki oleh bonda, kakak dan adik-adik bersamamu pada hari-hari terakhirmu.

Ayah,

semua tinggalanmu begitu memeritkan untuk kulihat. Kain basahanmu, kenderaanmu, ubat-ubatanmu, tangki oksigenmu, mesin nebulizermu dan kerusi kegemaranmu benar-benar menyentap keteguhan azam yang kubina selepas kepergianmu. Namun begitu, terngiang ditelingaku akan pesan Andri, bahawasanya kamu lebih tenang disana tanpa perlu memikul tangki oksigenmu lagi :) mungkin saja kau berlari kegembiraan kan? Aku senang andainya kau bahagia disana ayah.

Ayah,

setiap pesananmu yang kau sampaikan padaku akan kusimpan untuk kujadikan kekuatanku dalam menghadapi hari yang bakal mendatang. Andai kau terlupa apa yang kukatakan disaat aku kucup dahimu yang dingin disaat kau terlantar kaku, biar aku ingatkan kembali. Insya Allah, kita akan bertemu lagi satu hari nanti. Andai lama hukuman aku di Nar-Nya, tunggulah aku dengan sabar. Kerna aku yakin, kau adalah manusia yang paling sabar yang pernah kukenal selama hidupku, Ayah.

Ayah,

walaupun jasadmu telah tiada disini terimalah salam peluk ciumku yang terlalu merinduimu. Moga diizinkan oleh-Nya untuk kita bertemu lagi. Insya Allah…

Tuhan tolonglah sampaikan sejuta sayangku untuknya, ku terus berjanji takkan khianati pintanya, ayah dengarlah betapa sesungguhnya ku mencintaimu, kan ku buktikan ku mampu penuhi mahu mu

16
Mar

Sunburst KL 2008

BEST GILER!!! HAHAHAHAHA!!!

31
Jan

Al-Fatihah (buat Loloq)

Allahyarham Rosli Khamis (Loloq) telah meninggalkan kita. Sekarang aku kehilangan seorang lagi yang memberikan kesan yang sangat kuat dalam berkarya, dan sedikit sebanyak dalam kehidupanku juga. Aku tak kenal dia, tapi aku kenal hasil karya tulisannya yang sentiasa dekat dihati aku.

Moga kau ditempatkan di tempat orang-orang yang dikasihi-Nya. Insya Allah.

Al-Fatihah.

25
Jan

Tak Bertajuk 4

AKU

Aku kehabisan kata-kata untuk memuji dan memuja dirinya.

Aku juga ketandusan idea untuk mengarang bait-bait puisi indah untuk mengkagumi keberadaan dirinya.

Aku juga tak pernah bosan mengungkap kata-kata klise’ untuk mengungkap rasa yang terperam dan mula berbau didalam hati ini.

DIA

Dia tak pernah meminta untuk dirinya dipuji dan dipuja.

Dia tak pernah meminta aku karangkan bait-bait puisi indah untuk mengkagumi keberadaan dirinya.

Dia tak pernah bosan dengan kata-kata klise’ yang aku ungkapkan biarpun berjuta kali.

MEREKA

Mereka takkan bisa memberikan apa yang aku perlukan dari mereka. Pemahaman…