Aku penat
melayan birokrasi
tak boleh maki
kena jaga pekerti
Aku penat
nak cakap berlapis
semuanya bertapis
tapi isu tak pernah habis
Aku penat
nak jaga hati
pakai topeng hipokrasi
biar majoriti happy
Aku penat
nak buat orang faham
apa yang mereka tak faham
hingga ku gantung kalam
Aku penat
di cap songsang
depan belakang diserang
hanya kerana menyuluh terang
Badan dah gemuk,
Sarat berpenyakit,
Doktor dah pesan jaga makan jaga diri,
Tak ku acuhkan yang penting selera dipenuhi
Doktor pesan minum air kopi kosong,
Tapi bukankah kopi lebih enak bergulakan korupsi,
Atau berkrimerkan AP,
Paling kurang bersusukan projek kroni
Doktor juga pesan makan roti kosong,
Tapi bukankah roti lebih enak bermentegakan fitnah,
Atau berkayakan kejahilan,
Paling kurang bercecahkan bohong,
Doktor bilang jantung dah rosak,
Kena buat bypass ataupun tukar jantung baru
Jantung reformasi.