Aku kebosanan, lalu aku selongkar kotak fikiranku. Hmm banyak yang dah terperam dalam otak ni.
Sedang aku keasyikan menyelongkar, terjumpa sesuatu yang dah lama aku tak fikirkan. Las Ketchup. Kemana agaknya mereka sekarang ni? Satu masa dulu cukup popular dengan lagu "Asereje" sampaikan budak-budak umur 2-3 tahun pun boleh hafal gerak tari trademark kumpulan tu. Apa agaknya dah jadi pada kumpulan tu ya?
Aserejé, ja deje tejebe tude jebere
sebiunouba majabi an de bugui an de buididipí
Berapa lamakah 3 tahun pada kalian? Ada yang jawab sekejap saja, dan mungkin juga ada yang jawab lama jugak. Jadi apakah yang bisa terjadi dalam 3 tahun? Banyak yang bisa terjadi dan mungkin juga sedikit saja yang bisa terjadi.
Hari ni aku kehilangan sesuatu yang begitu dekat dengan aku selama 3 tahun ni. Awalnya aku rasa aku mungkin bisa hadapi kehilangan ini seperti biasa. Ternyata tak semudah yang aku sangkakan.
3 tahun dan sebuah kehilangan. Adakah ini satu proses dalam kehidupan yang perlu aku hadapi berulang-ulang kali selepas ni?
Takkan ada yang abadi…takkan ada yang kekal…