03
Jun
07

Bakso atau nasi lemak?

Nasi lemak adalah makanan rasmi Malaysia. Bakso adalah makanan rasmi negara jiran kita.

Nasi lemak ada pelbagai jenis versi yang selalu kita jumpa. Tapi yang wajib ada dalam satu bungkus nasi lemak adalah nasi, sambal, kacang, ikan bilis dan timun. Kalau bayar lebih sikit, boleh dapat sotong, ayam, daging dan macam-macam lauk lagi. Sedap ke? Bergantung pada gerai yang menjualnya.

Berbeza dengan bakso yang cuma ada mi, campuran sos, sayur-sayuran dan bebola daging serta sup. Sepanjang aku makan bakso, tak pernah aku jumpa menu tambahan dalam bakso tu. Kalau ada pun aku masih belum jumpa. Sedap ke bakso? Sedap.

Kenapa bakso sedap? Sebab sifatnya sedap. Kenapa nasi lemak kurang sedap? Mungkin sebab aku dilambakkan dengan bermacam-macam nasi lemak yang dari berbeza gerai tapi mengandungi formula yang sama. Mungkin nasi lemak yang lebih mahal (sebab ada beraneka lauk) lebih sedap tapi lepas tu poket aku merana la pulak.

Cuba kaitkan dengan industri muzik kita. Berikan aku jawapan yang aku cari. Kenapa aku lebih suka bakso berbanding nasi lemak?




1 Response to “Bakso atau nasi lemak?”


  1. 1    Fisha July 14, 2007 at 6:17 am

    yes. malaysia ada genre baru. gay-rave music. berbanding dengan jakarta/bandung/jogya mereka lebih kepada experimental type of music. tapi kita jgn lupa, ada beribu band underground di malaysia yg memainkan music2 paduan yg cukup mengasyikkan, mula bertanya dihati. “where have all the bootboys gone..”

Leave a Reply