Archive for June 3rd, 2007

03
Jun

Bakso atau nasi lemak?

Nasi lemak adalah makanan rasmi Malaysia. Bakso adalah makanan rasmi negara jiran kita.

Nasi lemak ada pelbagai jenis versi yang selalu kita jumpa. Tapi yang wajib ada dalam satu bungkus nasi lemak adalah nasi, sambal, kacang, ikan bilis dan timun. Kalau bayar lebih sikit, boleh dapat sotong, ayam, daging dan macam-macam lauk lagi. Sedap ke? Bergantung pada gerai yang menjualnya.

Berbeza dengan bakso yang cuma ada mi, campuran sos, sayur-sayuran dan bebola daging serta sup. Sepanjang aku makan bakso, tak pernah aku jumpa menu tambahan dalam bakso tu. Kalau ada pun aku masih belum jumpa. Sedap ke bakso? Sedap.

Kenapa bakso sedap? Sebab sifatnya sedap. Kenapa nasi lemak kurang sedap? Mungkin sebab aku dilambakkan dengan bermacam-macam nasi lemak yang dari berbeza gerai tapi mengandungi formula yang sama. Mungkin nasi lemak yang lebih mahal (sebab ada beraneka lauk) lebih sedap tapi lepas tu poket aku merana la pulak.

Cuba kaitkan dengan industri muzik kita. Berikan aku jawapan yang aku cari. Kenapa aku lebih suka bakso berbanding nasi lemak?

03
Jun

Mana yang kau pilih?

Hidup bahagia atau hidup penuh erti, mana yang akan kau pilih?

Kita boleh hidup bahagia dengan melupakan kisah lalu dan mengabaikan perancangan masa depan. Dengan melupakan kesedihan lampau dan kepayahan memikirkan masa depan, kita boleh selalu hidup bahagia tanpa masalah.

Kita boleh mencapai kehidupan yang bererti andainya kita merenung kembali masa silam kita yang lalu dan merancang sebaiknya untuk masa depan yang lebih baik.

Jadi yang mana akan kau pilih?