Aku memang bertuah.
Kenapa?
Untuk menyiapkan sebuah lagu untuk insan yang tercinta, aku telah disokong oleh 2 orang yang bijak dalam muzik. Shah CW dan Ariff Akhir, 2 orang yang bertanggungjawab dalam penghasilan single "Tika" setia menemani aku sampai ke saat akhir dalam proses rakaman single ni.
Aku memang kenal dengan bakat seni Shah ni. Kerana dia aku terjebak dalam dunia muzik secara separa serius (hehehe). Frontman Coldwaters yang multitalented. Aku tak pernah ragu dengan keupayaan dia dalam penghasilan lagu. Dan kerana itu, lirik yang aku buat WAJIB aku sampaikan pada dia untuk dilagukan. Thanx dude. I owe you one.
Ariff Akhir, jejaka yang mengepalai perjuangan The Sofa Sessions bertindak sebagai jurutera audio untuk penghasilan single ni. Deria muzik lelaki ini tersangatlah tajam. Kalau aku tak lihat sendiri macam mana dia bekerja, aku takkan cakap macam ni. Kenyataannya dia memang macam tu. Namun begitu dia masih tetap merendah diri walaupun kebolehan dia sangatlah bagus jika nak dibandingkan dengan siapa-siapa pun.
Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang sahabat yang membantu aku sehabis baik semata-mata untuk sebuah lagu. Terima kasih banyak. Terima kasih lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi (eii, bila nak abis daaa)
ishkk…punye lah lama aku tak mampu nak online…tak sangka la plak ko ada tulis perkara sebegini dalam blog ko…serious aku terharu. but c’mon…ko mintak tolong kitorang…kitorang just try buat yang terbaik…and at the same time…having fun…really glad u like it…and thanx for the compliment…it’s too much for me actually…eheh