Aku tak tahu berapa ramai yang perasan dengan kewujudan "Mat Ulat" kat TV. Rasanya teman aku Sarina pernah highlightkan perkara ni. Aku tak tahu apa masalah "Mat Ulat" ni sebenarnya. Kurang kasih sayang ke dia ni sampai pantang ade peluang aje nak menari dalam TV.
Aku takde masalah dengan "hobi" dia nak tunjukkan muka dia dalam TV. Cuma kalau boleh janganlah mengada-ngada sangat sampai jelik sangat rupanya dia menari dalam TV tu. Agak-agaklah sikit. Melampau sungguh.
Tiap kali aku nampak dia kat TV, teringat pulak aku satu survey dulu mengatakan lelaki Melayu ni HAPRAK. Ini kah yang survey tu maksudkan? Aku pun tak tahu…
pada pandangan aku, secara psikologinya, dia tu kurang kasih sayang dan perhatian… maafkan lah org2 sepertinya kerana sesungguhnya dia tak meminta untuk dijadikan begitu… hehehe…