Tinggal beberapa hari sebelum Julai menyapa kehidupan kita.
Apakah aku dah bersedia untuk korbankan segalanya untuk memulakan sesuatu selepas bulan ini?
Apakah aku dah bersedia untuk memikul bebanan berpukal-pukal yang bakal singgah dalam kehidupan aku kelak?
Apakah aku dah bersedia untuk mengubah cara hidup dan pemikiran aku selama ini untuk sebuah cabaran baru yang bakal kutempuh?
Apakah aku dah bersedia untuk segalanya?
Aku dah bersedia, dan tak akan berpaling lagi.