Terima kasih untuk segalanya yang telah kau berikan padaku. Setiap saat yang terluang untukku, setiap keluhan yang kau dengar dariku, setiap kata-kata semangat yang kau berikan untukku dan setiap patah lagu yang kau nyanyikan untukku.
Aku menghargai wujudnya dirimu dalam menemani hidupku selama perkenalan kita.
Terima kasih teman…
Pernahkah kalian kehilangan sesuatu atau seseorang? Aku pernah melalui bermacam kehilangan sepanjang kehidupan aku. Cinta, harta, kepercayaan dan segalanya.
Tapi kehilanganku yang baru terjadi benar-benar merenggut keyakinan aku terhadap keutuhan iman manusia. Sahabat yang akrab mengambil jalan untuk meninggalkan Islam merupakan satu tamparan dan kehilangan yang maha besar pernah kualami.
Kak, apakah dengan menjadikan dirimu sebagai tuhan kamu bisa merubah perjalanan hidupmu selepas ini? Kalau kau ingin bicarakan tentang keikhlasan, apakah kau benar-benar ikhlas dalam keputusanmu ini?
Terpadamnya nur Islam dari hatimu bererti terpadamlah keyakinan dan kepercayaan yang aku berikan kepadamu selama ini. Maafkan aku andai aku tak bisa lagi menjadi seperti dulu sewaktu kita bersahabat. Maafkan aku Kak…
Tinggal beberapa hari sebelum Julai menyapa kehidupan kita.
Apakah aku dah bersedia untuk korbankan segalanya untuk memulakan sesuatu selepas bulan ini?
Apakah aku dah bersedia untuk memikul bebanan berpukal-pukal yang bakal singgah dalam kehidupan aku kelak?
Apakah aku dah bersedia untuk mengubah cara hidup dan pemikiran aku selama ini untuk sebuah cabaran baru yang bakal kutempuh?
Apakah aku dah bersedia untuk segalanya?
Aku dah bersedia, dan tak akan berpaling lagi.