Kenapa aku pilih tajuk macam ni? Sejujurnya, Dewa telah menyelamatkan Pesta Malam Semalam (kalau aku tulis nama betulnya karang, ramai pulak yang hentam aku nanti..hehehe). Betul, Dewa telah menyelamatkan semua persembahan yang aku sifatkan sebagai "hancur". Bukan sebab aku Baladewa, aku lebih sukakan Padi. Tapi tu lah.. biar aku uraikan semuanya disini.
Bermula dengan masalah pengurusan acara semalam. Aku rasa inilah event manager yang paling bangang dalam sejarah pengurusan acara di Malaysia. Bayangkan.. konsert bermula jam 3 petang, tapi gate mula dibuka jam 2.30 petang. dengan barisan yang panjang gile semalam, aku cuma bisa meloloskan diri jam 4.30 petang dan Ada Band dah selesai mempersembahkan lagu-lagu mereka. Ralat sangat rasanya sebab aku kesitu nak lihat Ada Band buat persembahan dan aku tak dapat menonton sendiri dengan mata kepala aku. Bodoh punye event management (Fatboy Event).
Ungu menyusul selepas Ada Band, dan persembahan mereka sangat mantap bagi sebuah band baru yang mula nak menapak di Malaysia. Aku tak kira pulak berapa lagu yang dibawakan semalam, tapi sejujurnya persembahan mereka sangat mantap. Tahniah pada krew audio mereka yang bekerja keras menjaga mutu dan kualiti audio merkea pada petang semalam. Cuma apa yang aku kesalkan, vokalis Ungu (Pasha) semalam seakan memberi dorongan kepada pengunjung-pengunjung bodoh untuk bertindak diluar kawalan. Pasha, kita kat Malaysia sekarang bukan di Indo. Tolong hormati pengunjung-pengunjung yang datang untuk menikmati muzik kalian, bukan monyet-monyet yang sibuk-sibuk nak kibarkan panji-panji bodoh mereka tu.
Seterusnya..Cokelat. Aku hampa dengan persembahan Cokelat semalam. Sejujurnya ingin aku bilang disini, persembahan mereka pada tahun 2004 JAUH lebih memberansangkan. Aku tak tahu dimana silapnya mereka semalam. Mungkin disebabkan sistem audio mereka yang macam palat (terima kasih sekali lagi pada Fatboys Event) yang menyebabkan Cokelat hilang bisanya semalam. Aku lebih sukakan persembahan Cokelat masa tahun 2004. Mantap, jitu dan bertenaga, tapi bukan semalam.
Padi.. legenda muzik aku yang aku letakkan sebaris dengan Dewa, tapi pada kelas mereka yang tersendiri. Dengan sound system yang macam palat (sekali lagi terima kasih kepada Fatboys Event), mereka bisa membuatkan aku terpaku dengan kemantapan persembahan Fadli, Piyu, Rindra, Ari dan Yoyo dengan penampilan khas Rossa. Tapi sayangnya ditengah-tengah persembahan mereka, hujan lebat mula membasahi bumi. Persembahan ditunda selama satu jam dan Padi menyambung persembahan mantap mereka dan membuai emosi aku dengan lagu favourite aku
Gigi tampil selepas Padi. Gelagat Armand yang cuba untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia benar-benar mencuit hati. Dan sebagai penonton Malaysia, aku merasa terbela dengan kenyataan sinis Armand kepada beruk-beruk yang terlepas kandang yang buat kacau disitu. Persembahan mantap dari keempat-empat personel Gigi. Budjana sememangnya hero gitar aku di Indonesia, berserta dengan jamm session antara Thomas dan drummer baru Gigi (aku tak tahu namanya) juga mengasyikkan. Sekurang-kurangnya Gigi sedikit sebanyak berjaya mengubah suasana semalam.
Dewa..tak perlu diperkatakan lagi. Se gah nama Dewa, sehebat itulah persembahan mereka semalam. Bergabung dengan Ari Lasso, lagu-lagu lama Dewa ternyata masih mempunyai sengatnya lagi. Semalam juga aku bisa lihat sendiri didepan mataku Dewa dari 2 generasi dan dua zaman. Hebat!! Persembahan bersama Audy dan Ratu juga menarik. Cuma aku katakan lebih baik Dewa saja yang buat persembahan semalam tanpa Audy dan Ratu kerana gabungan bersama mereka semalam cuma sekadar selingan yang tak ada maknanya kerana 15,000 mata yang menonton semalam cuma tertumpu pada Dewa.
Kesimpulan yang boleh aku buatkan disini.. Fatboy Events bodoh!! Tak tahu nak buat event, tak payah buat. Kalau nak buat jugak, bawak-bawaklah belajar. Jangan nak jadi bodoh sombong pulak. Terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki kalau nak terus berdiri dalam bidang ni. Pengurusan dan Audio semalam sangat-sangat lemah dan mendukacitakan.
Jason..jangan pikir duit jer bro.
heheh…biasa la…konsert2 ni kekadang mmg tak leh lari dari kelewatan ataupun management yang cam sial. anyway…pasal certain band yang…seolah-olah tidak perform ngan baik…mmg tak boleh salah kan band itu sendiri…kekadang tu…sebab sound…or…peralatan…or maybe…environment. but at least ko dapat tgk konsert yang jarang jarang ada…ehehe…aku turut jeles
laling…. itu bunting aku lupa nak sign laa… boleh bagi balik tak????? Nak sign autograph jap…
kematu punggung aku duduk 8 jam.. tapi puas ati…aku menyayi mcm nak guntuh grand stand tue.. aku pedulik aper yg lain tak nyayi.. hahha..
Once rawk!!..
Tiger pan (ala2 peter pan)