Archive for April 3rd, 2006

03
Apr

Kamu…

Adalah nyaman titisan hujan yang mengelus wajahku selepas kemarau yang panjang,

Adalah hangat selimut yang mendakap tubuhku diwaktu aku dibalut kedinginan malam,

Adalah damai pandangan yang kulihat di sebuah lukisan yang terindah,

Adalah melodi mengasyikkan yang pernah kudengari,

Adalah aura yang aku perlukan dalam sebuah pertarungan,

Adalah wanita yang aku dambakan seluruh hidupku.

03
Apr

Aku…

Ialah penulis yang tak membaca,

Ialah penyajak yang tak mengarang,

Ialah penyanyi yang tak menyanyi,

Ialah penyokong yang tak menyokong,

Ialah pemuzik yang tak tahu baca nota muzik,

Ialah pencinta yang tak mudah mencinta,

Ialah pembenci yang tak pernah membenci,

Ialah pemakan yang tak pernah kenyang,

Ialah pemberontak yang tak bersuara,

Ialah pelacur yang tak menjual,

Ialah pahlawan yang tak berjuang,

Ialah bendahari yang tak mengira wang,

Ialah tiang buruk yang tak berguna,

Ialah tiang buruk yang masih dimahukan,

Ialah seorang ketua yang tak dihormati,

Ialah berlian yang tak bernilai,

Ialah tanah kotor yang paling dimahukan,

Ialah seorang lelaki yang penuh dengan kekeliruan…