Archive for April, 2006

30
Apr

Perlu..memerlukan..diperlukan

  • Senario Satu

Kawan : Kami perlukan kau untuk bermain dengan kami

Aku : Aku perlukan kalian untuk bermain bersama

  • Senario Dua

Sahabat : Aku perlukan kau untuk dengar luahan aku

Aku : Aku perlukan kau untuk jadikan aku berfungsi sebagai sahabat

  • Senario Tiga

Mantan Sahabat : Aku perlukan kau untuk menyokong aku

Aku : Aku perlukan kau untuk lihat diri aku yang dulu

  • Senario Empat

Ayah : Aku perlukan kau untuk bantu diriku

Aku : Aku perlukan ayah untuk majukan diriku

  • Senario Lima

Kekasih : Aku butuh kamu sampai kapan-kapan pun

Aku : Aku butuh kamu untuk sempurnakan hidupku

25
Apr

Ada apa dengan CINTA?

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang..

jangan sekali kali kamu..

mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi

bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya

serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..

Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita

dan menjadi suku suku bangsa.. yang pasti berbeda

bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati

bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata"

Kata-kata ini adalah dari lagu Laskar Cinta dendangan Dewa19. Ada apa dengan cinta? Nyata sekali pendirian cinta pada pandangan Dewa banyak berbeza dengan apa yang difahami serta dilalui oleh kita semua.

Ada yang berpendapat cinta bererti penderitaan, kesakitan dan segala yang memeritkan. Ada juga yang melihat cinta itu adalah nikmat, kegembiraan dan segala yang menyenangkan.

Ternyata kita semua mempunyai kisah cinta yang berbeza antara satu sama lain. Pun begitu, pada aku cinta adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita hambanya. Cinta tak terhad untuk manusia. Cinta adalah satu-satunya anugerah yang universal. Kita bisa mencintai apa saja, sesama manusia, sesama makhluk bahkan pada yang tidak bernyawa. Begitu hebatnya kuasa cinta sehingga mampu membina Taj Mahal, meruntuhkan tamadun manusia dan macam-macam lagi.

Tapi apa yang aku kesalkan, ramai dikalangan kita tersesat dalam mencari pengertian cinta tu. Hingga cinta berubah menjadi benci, hingga kita sanggup menyakiti diri kita sendiri dan sebagainya.

Cinta tak dicipta untuk menghancurkan kita. Dan kita tak dicipta untuk memburukkan pengertian cinta.

15
Apr

Dewa dan 7 persembahan lain..

Kenapa aku pilih tajuk macam ni? Sejujurnya, Dewa telah menyelamatkan Pesta Malam Semalam (kalau aku tulis nama betulnya karang, ramai pulak yang hentam aku nanti..hehehe). Betul, Dewa telah menyelamatkan semua persembahan yang aku sifatkan sebagai "hancur". Bukan sebab aku Baladewa, aku lebih sukakan Padi. Tapi tu lah.. biar aku uraikan semuanya disini.

Bermula dengan masalah pengurusan acara semalam. Aku rasa inilah event manager yang paling bangang dalam sejarah pengurusan acara di Malaysia. Bayangkan.. konsert bermula jam 3 petang, tapi gate mula dibuka jam 2.30 petang. dengan barisan yang panjang gile semalam, aku cuma bisa meloloskan diri jam 4.30 petang dan Ada Band dah selesai mempersembahkan lagu-lagu mereka. Ralat sangat rasanya sebab aku kesitu nak lihat Ada Band buat persembahan dan aku tak dapat menonton sendiri dengan mata kepala aku. Bodoh punye event management (Fatboy Event).

Ungu menyusul selepas Ada Band, dan persembahan mereka sangat mantap bagi sebuah band baru yang mula nak menapak di Malaysia. Aku tak kira pulak berapa lagu yang dibawakan semalam, tapi sejujurnya persembahan mereka sangat mantap. Tahniah pada krew audio mereka yang bekerja keras menjaga mutu dan kualiti audio merkea pada petang semalam. Cuma apa yang aku kesalkan, vokalis Ungu (Pasha) semalam seakan memberi dorongan kepada pengunjung-pengunjung bodoh untuk bertindak diluar kawalan. Pasha, kita kat Malaysia sekarang bukan di Indo. Tolong hormati pengunjung-pengunjung yang datang untuk menikmati muzik kalian, bukan monyet-monyet yang sibuk-sibuk nak kibarkan panji-panji bodoh mereka tu.

Seterusnya..Cokelat. Aku hampa dengan persembahan Cokelat semalam. Sejujurnya ingin aku bilang disini, persembahan mereka pada tahun 2004 JAUH lebih memberansangkan. Aku tak tahu dimana silapnya mereka semalam. Mungkin disebabkan sistem audio mereka yang macam palat (terima kasih sekali lagi pada Fatboys Event) yang menyebabkan Cokelat hilang bisanya semalam. Aku lebih sukakan persembahan Cokelat masa tahun 2004. Mantap, jitu dan bertenaga, tapi bukan semalam.

Padi.. legenda muzik aku yang aku letakkan sebaris dengan Dewa, tapi pada kelas mereka yang tersendiri. Dengan sound system yang macam palat (sekali lagi terima kasih kepada Fatboys Event), mereka bisa membuatkan aku terpaku dengan kemantapan persembahan Fadli, Piyu, Rindra, Ari dan Yoyo dengan penampilan khas Rossa. Tapi sayangnya ditengah-tengah persembahan mereka, hujan lebat mula membasahi bumi. Persembahan ditunda selama satu jam dan Padi menyambung persembahan mantap mereka dan membuai emosi aku dengan lagu favourite aku :)

Gigi tampil selepas Padi. Gelagat Armand yang cuba untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia benar-benar mencuit hati. Dan sebagai penonton Malaysia, aku merasa terbela dengan kenyataan sinis Armand kepada beruk-beruk yang terlepas kandang yang buat kacau disitu. Persembahan mantap dari keempat-empat personel Gigi. Budjana sememangnya hero gitar aku di Indonesia, berserta dengan jamm session antara Thomas dan drummer baru Gigi (aku tak tahu namanya) juga mengasyikkan. Sekurang-kurangnya Gigi sedikit sebanyak berjaya mengubah suasana semalam.

Dewa..tak perlu diperkatakan lagi. Se gah nama Dewa, sehebat itulah persembahan mereka semalam. Bergabung dengan Ari Lasso, lagu-lagu lama Dewa ternyata masih mempunyai sengatnya lagi. Semalam juga aku bisa lihat sendiri didepan mataku Dewa dari 2 generasi dan dua zaman. Hebat!! Persembahan bersama Audy dan Ratu juga menarik. Cuma aku katakan lebih baik Dewa saja yang buat persembahan semalam tanpa Audy dan Ratu kerana gabungan bersama mereka semalam cuma sekadar selingan yang tak ada maknanya kerana 15,000 mata yang menonton semalam cuma tertumpu pada Dewa.

Kesimpulan yang boleh aku buatkan disini.. Fatboy Events bodoh!! Tak tahu nak buat event, tak payah buat. Kalau nak buat jugak, bawak-bawaklah belajar. Jangan nak jadi bodoh sombong pulak. Terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki kalau nak terus berdiri dalam bidang ni. Pengurusan dan Audio semalam sangat-sangat lemah dan mendukacitakan.

Jason..jangan pikir duit jer bro.

08
Apr

13 Tahun..

13 tahun berlalu.. tapi kau masih membenci aku

13 tahun berlalu.. tapi kau masih mendendami aku

Wajarkah engkau membenci aku semata hanya kerna aku mencintai isterimu?

Wajarkah engkau mendendami aku semata hanya kerna aku membela isterimu?

Wajarlah aku mencintai dan membela dia kerna hanya aku lelaki yang mampu berbuat begitu disaat kamu melukai dia

Jangan kau persoalkan ketulusan cinta aku padanya kerna hanya dia yang menyemai kasih menabur bakti pada aku disaat aku memerlukan seorang yang bergelar hero

Selepas 13 tahun, wanita itu masih menjadi hero aku.

Bukan engkau!!

03
Apr

Kamu…

Adalah nyaman titisan hujan yang mengelus wajahku selepas kemarau yang panjang,

Adalah hangat selimut yang mendakap tubuhku diwaktu aku dibalut kedinginan malam,

Adalah damai pandangan yang kulihat di sebuah lukisan yang terindah,

Adalah melodi mengasyikkan yang pernah kudengari,

Adalah aura yang aku perlukan dalam sebuah pertarungan,

Adalah wanita yang aku dambakan seluruh hidupku.

03
Apr

Aku…

Ialah penulis yang tak membaca,

Ialah penyajak yang tak mengarang,

Ialah penyanyi yang tak menyanyi,

Ialah penyokong yang tak menyokong,

Ialah pemuzik yang tak tahu baca nota muzik,

Ialah pencinta yang tak mudah mencinta,

Ialah pembenci yang tak pernah membenci,

Ialah pemakan yang tak pernah kenyang,

Ialah pemberontak yang tak bersuara,

Ialah pelacur yang tak menjual,

Ialah pahlawan yang tak berjuang,

Ialah bendahari yang tak mengira wang,

Ialah tiang buruk yang tak berguna,

Ialah tiang buruk yang masih dimahukan,

Ialah seorang ketua yang tak dihormati,

Ialah berlian yang tak bernilai,

Ialah tanah kotor yang paling dimahukan,

Ialah seorang lelaki yang penuh dengan kekeliruan…

02
Apr

Ada apa dengan manusia?

Minggu lepas adalah minggu yang menarik bagi aku. Aku mula mengenali ramai manusia-manusia baik di keliling aku. Dan dengan mengenali mereka, baru aku tahu akan adanya orang-orang baik di samping aku menemani aku dalam menempuh cabaran yang terus-terusan mendatang menguji aku.

Mereka memegang gelaran guru, sahabat, teman-teman, ayah, ibu, anak dan lelaki serta perempuan. Ternyata kita sebagai manusia banyak bebanan dan tanggungjawab disandarkan pada bahu kita. Dan ternyata hanya kita yang dapat memikul bebanan seberat itu.

Aku bangga aku seorang insan. Dan aku juga bangga dikelilingi manusia-manusia baik yang aku kenali ni. Sedikit sebanyak, tanpa disedari sumbangan mereka pada diri aku amatlah berharga.

Terima kasih manusia-manusia baik.