25
Mar
06

Meriah yang hambar

Itu saja yang dapat aku katakan tentang APM2006. Kenapa? Aku kecewa dengan beberapa penjurian dalam beberapa kategori. Adakah aku terlalu emosional?

Masakan aku tak bersikap emosional? Padi, Adibah Noor, Dewa, Ada Band, Melly, dan KD tak dapat cium langsung sebarang anugerah baik terbaik mahupun popular. Sedangkan bakat yang ada pada mereka adalah antara yang luar biasa di Nusantara ini.

Cuma kemenangan Loloq untuk anugerah khas saja yang mengubat kekecewaan aku pada malam tu. Dan persembahan bersama Siti, Marcell, Rossa dan Annuar Zain sedikit sebanyak menghilangkan kehampaan aku.

Sedikit nota kepada anti Mawi, bersyukurlah orang yang paling popular di Malaysia ialah Mawi. Sebab Singapura cuma ada Taufik Batisah. Kenapa? Aku tak tahu, aku memang nak cakap macam tu.

Apa yang aku dapat malam tu? Aku dapat penyeksaan sebab kena pakai pakaian formal (terima kasih Sueci), hotdog dan air bandung yang mahal dan juga kekesalan dengan kualiti penjurian yang dikuasai oleh pengaruh realiti TV.

Kesian muzik Nusantara.




2 Responses to “Meriah yang hambar”


  1. 1    Fairuz March 26, 2006 at 5:24 pm

    peter pan rawk!!!… I don’t care wat eber u want to say.. the profesional say soo… next year it be back to dewa.. “republik cinta” is something…

  2. 2    Sarina March 29, 2006 at 5:11 pm

    sekurang-kurangnya ONCE menang gak…and daddy CHRISYE…tapi i pown tak paham gak kenapa awek spore suka sgt taufiq batisah…tengok dia macam faggot je…tak ler hensem mana..tak teruja langsung…teruJA lagi gambar Kobe kat standy tu.

Leave a Reply