Itu saja yang dapat aku katakan tentang APM2006. Kenapa? Aku kecewa dengan beberapa penjurian dalam beberapa kategori. Adakah aku terlalu emosional?
Masakan aku tak bersikap emosional? Padi, Adibah Noor, Dewa, Ada Band, Melly, dan KD tak dapat cium langsung sebarang anugerah baik terbaik mahupun popular. Sedangkan bakat yang ada pada mereka adalah antara yang luar biasa di Nusantara ini.
Cuma kemenangan Loloq untuk anugerah khas saja yang mengubat kekecewaan aku pada malam tu. Dan persembahan bersama Siti, Marcell, Rossa dan Annuar Zain sedikit sebanyak menghilangkan kehampaan aku.
Sedikit nota kepada anti Mawi, bersyukurlah orang yang paling popular di Malaysia ialah Mawi. Sebab Singapura cuma ada Taufik Batisah. Kenapa? Aku tak tahu, aku memang nak cakap macam tu.
Apa yang aku dapat malam tu? Aku dapat penyeksaan sebab kena pakai pakaian formal (terima kasih Sueci), hotdog dan air bandung yang mahal dan juga kekesalan dengan kualiti penjurian yang dikuasai oleh pengaruh realiti TV.
Kesian muzik Nusantara.
Terima kasih Astro, terima kasih Muzik@Ria sebab bagi aku peluang ke Singapore dan menghadiri Anugerah Planet Muzik.
Terima kasih Marlina sebab menguruskan kami dengan sebaik-baiknya tanpa rungutan (aku tak tahu lah kalau ada, sebab aku tak dengar pun..heheh) walaupun ada macam-macam kerenah yang terpaksa dihadapi.
Terima kasih Mr.Ranjit sebab menjadi penunjuk arah yang paling peramah dalam bas dan bercakap dengan semua orang dalam bas (walaupun pakai microphone..hehehe)
Terima kasih Abang Zidane (sebab dia pakai baju Zidane), pembawa replika KnK dan pasangan adik beradik (sorry guys, sampai sekarang aku tak tahu nama) sebab bagi aku tumpang masuk dalam kamera anda semua.
Terima kasih kat brader cameraman (pun aku tak tahu nama) sebab sama-sama mengutuk imigresen Singapore yang cuma geledah beg aku dengan dia saja.
Terima kasih banyak-banyak.
" Inilah masalah orang Melayu, tak pernah nak buka minda. Kita masuk dalam parti ni pun tak semestinya kita kena undi atau kempen parti ni. Kita cuma ambik peluang untuk buat networking yang ada dalam parti ni aje."
Macam tu lah bunyi keluhan yang kawan aku lepaskan pada aku bila aku tolak tawaran dia untuk sertai parti yang dia sertai sekarang. Kawan, ada sebabnya aku tak nak masuk. Bukan sebab aku ni dari aliran yang bertentangan, ataupun sebab aku ada dendam dengan parti ni. Cuma adalah sebabnya aku tak nak masuk. Dan aku agak terkilan dengan pendirian kawan aku ni yang menyatakan peluang bisa diraih selagi kita berada dalam parti ni. Kolot sungguh fikiran kau kawan. Sungguh mendukacitakan. Aku sangka kau ni berpikiran "Melayu Generasi Baru" macam aku jugak. Ternyata tidak.
Berbalik pada isu yang kawan aku bangkitkan ni, mentaliti. Betul ke mentaliti orang-orang yang tak masuk parti ni tak terbuka? Ataupun mentaliti orang-orang yang ada dalam parti ni yang belum terbuka? Pendapat mengatakan kalau nak perluaskan peluang untuk buat bisnes dengan menyertai parti ini ternyata sangat-sangat kolot. Kenapa tak buat persaingan yang sihat untuk dapatkan sesuatu? Kenapa perlu ada batu loncatan untuk dapatkan apa yang kita nak? Kenapa kalau nak majukan orang Melayu, mesti masuk parti ni? Kenapa tak majukan bangsa Melayu secara total, tanpa mengira fahaman politik atau agama?
" Too bad for you dude…" Itulah yang kawan aku katakan. Takpelah kawan, rugi sikit kat dunia tak apa. Janji akhirat selamat.
Aku ialah orang Melayu beragama Islam generasi baru. Dan aku masih percaya Qada’ dan Qadar. Aku percaya pada balasan Allah untuk setiap hambaNya dan aku juga percaya yang Melayu boleh maju tanpa perlu menggunakan batu loncatan seutuh parti yang kawan aku maksudkan.
Aku percaya!
Terkejut aku dibuatnya. Salah seorang sahabat aku yang tersohor dalam bidang kesusasteraan internet telah buat entry baru yang sangat sangat err…bukan standard dia.
Aku kenal sahabat aku yang seorang ni. Seorang individu yang sangat-sangat tajam daya pemikirannya dan sentiasa peka dan kritis dalam penulisannya. Tapi lepas aku baca entry dia yang terbaru (untuk Juring), aku dan seorang lagi sahabat (Ann yang genius) aku sangat-sangat kecewa.
Tapi aku masih berpendapat ada tujuannya sahabat aku ni buat macam tu. Dia ni ada misteri dia yang tersendiri, dan dia pasti tahu apa yang dia lakukan. Mungkin sebab daya penaakulan aku tak sampai ketahap dia berfikir, jadi aku berpendapat begini.
Walaupun begitu, aku masih berharap dia perbaharui entry dia untuk pertandingan ni dan terus menang dalam persaingan kali ini. Sebab memang bukan tahap dia untuk menulis macam tu.
Elmaaniq, kembalilah.. hihihi