Archive for December 12th, 2005

12
Dec

Selepas Sebuah Perjuangan…

Pada saat aku menaip sekarang ni, genaplah setahun selepas gig Coldwaters yang dibuat tahun lepas. Ada apa dengan Coldwaters? Hehehe, aku tahu korang tak tahu. Aku tau yang aku tau. Okaylah, sekarang ni aku nak kenangkan kembali kenangan Coldwaters dengan korang-korang yang sudi membaca posting ni.

Coldwaters ni adalah sebuah band yang ditubuhkan secara rasminya oleh aku dan Shah pada bulan April 2004. Kenapa aku dan Shah pilih nama tu? Sebab nama tu bererti orang-orang yang dah tak nak berharap. Iyelaa.. mase tu aku dengan dia tak bekerja. Ala-ala sampah masyarakat jugaklah. So, dengan tertubuhnya Coldwaters secara tak sengaja ni, aku dan Shah mula bersatu tenaga buat lagu-lagu yang sesuai dengan genre yang kami nak main.

            Bermula dengan "Jangan Menangis", aku dan Shah teruskan misi kami untuk buat lagu-lagu seterusnya. Tiga Bintang, Aku Tak Tahu, Bahagiakannya, Maafkan Aku dan banyak lagi. Kalau nak tahu senarai lengkap, rujuk kat Shah la ye. Dalam pertengahan bulan Jun 2004, aku dan Shah fikir ada baiknya tambah lagi 2 orang ahli untuk main bass dan drum supaya kami boleh bermain sebagai sebuah band. Jadi aku pun ajak lagi 2 orang kawan yang aku kenal masa belajar di UiTM dulu, Salihin & Zibo. Salihin berada diposisi drum & Zibo pulak main bass. Bermula dari hari itulah, Coldwaters berempat. Dengan matlamat nak miliki sekurang-kurangnya satu EP, kami cukup komited dengan Band ni.

            Rutin sebuah band memang selalu kene jam kat mana-mana studio yang ada. Merata-rata studio kami jejaki di kawasan Lembah Klang. Subang, KJ, Bangi, Taman Tun semua kami jejaki sepanjang tempoh 6 bulan Sehinggalah satu hari kami berpeluang untuk buat gig sendiri (ala..kecik-kecik aje hehehe) Dan bermula dari situ, Zibo tarik diri dari band ni. Alasan yang diberikan, tak payahlah korang semua tau. Cukuplah sekadar aku katakan, memang munasabah.

            Jadi pada gig pertama kami, posisi Zibo diganti oleh Dali (Shock System). Memang dia betul-betul talented, dua kali jam aje dah boleh sesuaikan dengan genre yang dimainkan Coldwaters. 11 Disember 2004, genap setahun dari sekarang Coldwaters perform di khalayak ramai :) Gementar tu tetap ada. Tapi Alhamdulillah, kami dapat buat sebaik-baiknya (walaupun aku cukup yakin kami boleh main lagi baik daripada malam gig tu). Segala-galanya berakhir dengan baik malam tu.

              Tapi aku tak sangka itulah malam terakhir Coldwaters bersama. Selepas dari malam tu, kami semua buat hal masing-masing. Senyap tanpa khabar berita. Masing-masing sibu dengan komitmen masing-masing. Shah komited dengan band Sofa Sessions yang sedang bergerak aktif sekarang ni. Salihin pula dengan pertubuhan Generasi Gemilangnya. Dan aku? Komitmen aku hanya pada Tika..heheh. Takdelah, aku pun ade komitmen sendiri. Dan pada waktu itu, Coldwaters pun mati.

               Selepas sebuah perjuangan bersama Coldwaters, aku terfikir apakah nasib setiap band yang mengejar cita-citanya akan berakhir sebegini. Kalau nak dirijuk dengan filem That Thing You Do, aku ada ternampak persamaannya. Cuma bezanya, kami tak sempat nak keluarkan EP sendiri, itu aje. Okaylah, bersempena dengan kematian Coldwaters ni, aku nak buat tribute untuk orang-orang yang pernah bersama-sama dengan Coldwaters. Mereka-mereka yang pernah menabur bakti untuk menghidupkan Coldwaters.

SHAH

Pengasas bersama band Coldwaters yang kreatif dan tak salah kalau aku katakan dia ialah salah seorang genius muzik yang pernah aku kenal dalam hidup aku. Taklah sehebat M.Nasir atau Dhani Ahmad, tapi dia punya sense of music boleh dikatakan luar biasa untuk generasi baru muzik Malaysia. Tapi, Shah ni boleh kira cepat jugaklah angin dia berubah-ubah. Ade jugakla aku makan maki dia dalam studio…hehehe

SALIHIN

Drummer Coldwaters. Biaselah, dalam sesebuah band tu, kenela ada yang hensem kan? Kalau semua hodoh, caner nak carik makan…betul tak? Salihin mudah nak sesuaikan diri dengan genre muzik band kami. Dia ni pun boleh main posisi lain jugak. Angin Salihin ni boleh tahanla jugak. Ada lah jugak aku makan maki dia dalam studio..heheh

ZIBO

Aku boleh ibaratkan dia sebagai tukang sejuk dalam Coldwaters. Aku akui, aku bandmember paling bangang dalam band nih..heheh. Dan bila-bila 2-2 mamat tadi tuh pissed off ngan kebangangan aku dalam studio, dia tenangkan keadaan. Sayang, dia terpaksa give up kebolehan dia main bass atas sebab yang munasabah. Jarang aku jumpa Bassist sebagus Zibo. Good luck in what ever you’re doing dude.

DALI

Session untuk gig kami menggantikan ketiadaan Zibo. Dia sebagus Zibo, tenang dalam permainan dia. Aku terfikir mungkin dialah yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zibo. Sayangnya, dia pun terpaksa komited dengan komitmen dia.

Secara tidak langsung, Coldwaters telah memberikan impak yang kuat dalam hidup aku satu masa dulu. Sayangnya, ianya dah berkubur. Semua impian, cita-cita dan segalanya yang aku bayangkan terpaksa aku lepaskan dengan matinya Coldwaters. Apa yang akan terjadi lepas ni? Aku Tak Tahu….