23
Nov
05

Sesekali…..

Sesekali tu aku terasa nak sangat ada business card sendiri sambil tertera jawatan CEO kat bawah nama aku,

Sesekali aku rasa teringin juga nak bawak kereta yang bernilai 7digit kat Highway,

Sesekali aku nak juga merasa duduk kat kerusi empuk sambil marah-marah orang bawahan aku tak betul buat kerja,

Sesekali nak juga rasanya jamming dengan band Padi atau Cokelat, tak pun buat konsert dengan diorang,

Sesekali nak juga belek-belek majalah Forbes yang ada gambar aku kat depan majalah tu (isu yang baik2 la)

Sesekali nak juga rasanya bersantai kat ‘Private Beach’ aku sendiri,

Sesekali nak juga rasanya pergi ke pejabat naik helikopter sendiri,

Sesekali,nak juga tengok muka orang tua aku tersenyum dengan kejayaan aku.

Apa yang mengarut dan apa yang boleh dicapai kat sini?

7 perkara pertama tu ada kemungkinannya mengarut (sebab aku sedang berusaha kearah tu sekarang,cuma mintak tuhan tunjukkan jalan saja) tapi perkara terakhir tu adalah matlamat utama aku. Dah lama aku tak nampak mereka tersenyum kerana aku. Jadi, aku nak sangat buat mereka tersenyum sebelum mereka atau aku "jalan" dulu.

Buat teman-teman yang "terbuang" baca entry ni, sudi-sudilah sedekahkan aku doa agar aku bisa gapai cita-cita aku yang kelapan. Amin




0 Responses to “Sesekali…..”


  1. No Comments

Leave a Reply