Aku tak suka bekerja. Aku tak paham kenapa orang-orang bekerja. Dan yang paling mengelirukan aku ialah, kenapa para graduan yang cemerlang masa belajarnya sanggup bekerja dengan gaji yang tak setimpal pendidikan dan ikhtiar mereka. Aku juga pernah ketawa sampai meleleh air mata bila aku terbaca perkataan "dream job".
Kenapa aku berpikir macam tu? Sebab aku punya matlamat sendiri. Aku nak bukak bisnes sendiri. Dan kerana cita-cita aku tu, aku tersadai dan menganggur untuk satu jangkamasa yang agak lama. Anehkan? dalam mengejar cita-cita, aku mensia-siakan peluang aku sendiri untuk maju.
Tapi bukan itu tujuan aku nak menulis kat sini. Aku cuma nak nyatakan disini yang sekarang ni aku dah seronok bekerja. Aku datang ke pejabat tepat pada masanya dan selesaikan tugasan yang diberikan (Alhamdulillah, minggu ni dah ade kerja nak buat). Kenapa aku gembira bekerja sekarang? Persoalan tu masih berlegar dalam kepala aku sampai sekarang.
Moral untuk kali ini ialah, kalau nak meludah, ludahlah kebawah. Jangan ludah kelangit. Kan dah kena muka sendiri balik…padan muka. Hehehe!!!