Ramadhan bakal datang bertemu dengan kita untuk 30 hari. Dah lama tak dating dengan dia, rindu pulak rasanya. Kepada teman-teman yang kantoi tahun lepas tu.. nak tanye sikit. Dah tebus ke belum?
Jangan lupa ya kawan-kawan, mari kita manfaatkan 30 hari 30 malam ni sebaik-baiknya. Belum tentu kita dapat dating lagi dengan Ramadhan tahun depan kan? So, sementara ada ni, hargailah ia.
Sesekali tu kalau bershopping ke bazaar Ramadhan tu, agak-agaklah berbelanja tu ye? Jangan pulun shopping sampai terbuang pulak makanan tu lepas waktu berbuka tu. Da pesanan seterusnya ni aku nak tujukan kat kaum Adam yang sekaum dengan aku. Kalau tak uzur tu, bawak-bawaklah bertahan dengan ujian ramadhan tu. Jangan pulak jam sebelas pagi dah pegi lepak kat tangga opis isap rokok. Tak baik laa macam tu kan? (mesej ni aku tujukan kat seorang kawan aku yang pernah keje kat Celcom sama-sama dengan aku dulu..hehehe. u know who u are my fren..abang tindik kening)
Bergurau tu, bergurau jugak. Tapi kalau ada yang terasa dengan gurauan aku, aku mintak maaf. So kawan-kawan, sama-samalah kita meriahkan ramadhan yang kali ni ya? Kalau ada cadangan nak berbuka puasa sama-sama, usahakanlah. Kalau tak, kita makan aje lepas raya..heheh
Aku sempat berjumpa dengan DSAI malam Sabtu lepas (mase semua orang sibuk nak tengok Selangor lawan Perlis) kat Kuala Pilah. Sempatla makan malam skali dengan dia. Dia masih dia, Anwar tetap Anwar. Aku pernah sanjungi dia sebelum dia ditangkap dan selepas dia ditangkap.
Aku perasan, sesuatu yang pernah hilang dari diri aku sendiri datang balik bila aku tengok dia malam tu. Kesombongan, kegagahan dan keyakinan aku yang pernah hilang satu masa dulu datang balik dalam diri aku sendiri. Aku taj tahu kenapa, mungkin lepas aku tengok dia berdiri betul-betul depan mata aku agaknya.
Dia pernah dihina, difitnah dan dibuang ke tempat yang bukan tempatnya, tapi malam tu dia kembali kepada dirinya yang asal. Seorang pejuang yang gagah satu masa dulu, kembali gagah walaupon warna rambutnya dah tak sehitam dulu. Bila aku nampak dia malam tu, aku kembali yakin yang keadilan memang ada dalam dunia ni. Dan aku harap biarlah keadilan tu terus mekar dan kembali berkuasa, sebab aku nak tengok perompak-perompak dan penyangak-penyangak tu semua pergi ketempat yang "layak" untuk diorang.
DSAI, Lawan Tetap Lawan!! Lawan Sampai Menang!!
Satu masa dulu aku selalu pegang pendirian ni "duit bukan segala-galanya". Tapi realitinya bukan macam tu. Duit bisa membahagiakan manusia, dan tak salah kalau aku nyatakan kat sini duit memang segala-galanya. Kenapa aku boleh berubah pendirian? Sebab aku dah lalui macam mana hidup tanpa duit, dan terus terang aku katakan kat sini, tanpa duit memang memeritkan.
Tapi semalam ada satu kejadian yang berlaku di depan mata aku sendiri yang buat aku pertimbangkan balik pendirian baru aku tu. Seorang anak kecil lingkungan usia 5 tahun mengajar aku sesuatu tentang duit. Bila diberi oleh bapanya not RM 5, dia menangis-nagis tak nakkan duit tu. Tapi bila diberi not RM 1, dia punyalah gembira sampai melompat-lompat mejulang not RM 1 yang ada ditangannya. Terus aku tertanya, apakah nilai duit yang besar tu tak ada maknanya pada budak tu? Kemudian akalku kembali berfungsi, dan aku simpulkan sesuatu dari kejadian tu.
Kebahagaiaan dan kegembiraan bukan terletak pada nilai wang, dan apa yang membahagiakan anak kecil tu bukan nilai wang yang besar, tapi nilai wang yang bersesuaian dengan kemampuan dia berbelanja. Bayangkan kawan-kawan, kalau budak semuda itu pun boleh gembira dengan not RM 1, kenapa kita tak boleh bersyukur dengan apa yang ada pada kita? Kenapa kita mesti merompak, mencuri, makan rasuah dan sebagainya hanya untuk memuaskan kedahagaan kita terhadap duit?
Ramai yang berpendapat, budak kecik memang tak boleh pegang duit banyak-banyak.. tapi aku tetap yakin yang itu petunjuk Allah untuk aku. Dan aku harap pendirian aku kali ni takkan berubah lagi lepas ni..hehehe.
"Cari duit halal. ada jangan kesal…"