Jangan cuak…tajuk tu gimik aje. Sebenarnya aku nak tulis tentang orang-orang atau personaliti yang menarik pada pandangan mata aku, sebab selama ini aku sentiasa ceritakan hal aku saja. Sekarang aku nak cerita pasal diorang pulak. Selain daripada keluarga aku, inilah nama-nama yang memberikan impak yang signifikan dalam hidup aku. Terlebih dahulu, aku mohon maaf kalau ada yang tersinggung atau "ter" tak puas hati dengan apa yang bakal aku tulis ni. Okay, inilah nama-nama yang menarik dalam hidup aku dan sebabnya kenapa mereka ni menarik pada pandangan mata aku.
KARTIKA NURADINA @ SAYANG
Satu-satunya individu yang berani terima cinta aku walaupun dari jarak jauh, tanpa mengira rupa paras ataupun kondisi fizikal aku. Biarpun majoriti teman-teman aku yang berpandangan sinis dengan hubungan aku dan dia, tapi dia tetap mempertahankan yang hubungan yang kami ada adalah milik aku dan dia, bukan milik orang lain. Sayang, aku sayang banget ma kamu!!
ANN AZIS @ ANN
Orangnya kecil, tapi IQ dia adalah 4kali lebih besar dari badan aku yang 4kali lebih besar dari dia. Hahaha!! Serius, dia memang istimewa. Dia pernah bangunkan aku dari jatuhku dulu (satu masa dulu). Dan terus terang aku cakap, sokongan dia pada satu masa dulu yang meletakkan aku ditempat aku sekarang (walaupun taklah best sangat..hehe) Thanx Ann.. aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. Tuhan aje yang boleh balas budi engkau.
FAISAL @ MAMAK
Kawan aku yang unik, penampilan dan pemikirannya. Mamak yang aku kenal terkenal dengan attitudenye yang business minded, suke berpolemik dan berdebat, akan mempertahankan ideanya sampailah dibuktikan ideanya salah dan kualiti kepimpinannya yang boleh digunapakai. Aku takdela nak kata aku ni penyokong dia, cuma pada aku dia memang menarik dalam hidup aku.
SALIHIN @ CHE IN
Bekas drummer band aku yang aku sendiri tak tahu status band tu macam mana..hehe (hidup ke mati, tuhan saja yang tahu). Juga mempunyai kualiti kepimpinan dan dan ada aura tersendiri untuk menarik perhatian orang. Disenangi kawan-kawan terdekat. Sentiasa mendapat perhatian dan pujaan tak kira laki-laki ataupun perempuan (hehehe…serius Che In, tu yang buat kau menarik dikalangan kawan-kawan aku)
HATTA NIRMAN @ ATA
Kamus muzik aku. Apa saja yang aku nak tau pasal music scene (especially underground scene) dia akan sentiasa tahu. Team mate aku masa main basketball dulu. Satu karektor dia yang menarik perhatian aku selama aku kenal dia, mulut dia memang power. He speaks his mind tambah maki-maki ngan kutuk-kutuk sikit..hehe
KHAIRUL NISA @ NISA
Bekas teman seperjuangan aku kat CELCOM satu masa dulu, juga seorang sahabat yang menarik untuk didampingi. Banyak yang boleh dibualkan dan dikongsi dengan kawan aku yang seorang ni. Tak pernah lokek dengan nasihat yang kadang-kadang membina dan kadang-kadang tidak..heheh. Terima kasih banyak-banyak Nisa, walaupun ade yang terpaksa aku buang nasihat kau yang tak bole pakai.
SHAHRIZ @ SHAH
Lead guitarist dan vocalist band aku merangkap member aku jugak. Berbakat dalam penggubahan lagu, suara pun boleh tahan. Dan jugak antara kawan-kawan yang ada disisi aku sewaktu zaman jatuhku. Thanx dude.
SUECI
Awek Shah, juga talented dalam muzik. Namakan instrument bertali yang kalian semua kenal, aku boleh kata 80% dia boleh main. Apa yang menarik tentang Sueci ni, umur dia baru 21 tahun tapi dia dah mampu untuk jadi jurutera Audio bagi mana-mana show atau event. Salute laaa sket minah ni kawan-kawan. Jarang jumpe bakat baru dan muda macam dia.
NAJIB
Bekas teman sebilik aku sewaktu belajar di UiTM Jengka dulu dari zaman freshie lagi, dan masih berhubung sampai sekarang. Kawan aku yang seorang ni terus maju kedepan dengan bisnes event dia tak kira apa yang orang katakan dibelakang dia. Juga salah seorang kawan yang ada bersama aku sewaktu aku menempuh zaman kejatuhan aku dulu.
SARINA @ MAMAROCK
Heh, dia memang unik. Penyokong setia Ahmad Dhani (bukan DEWA tau, Ahmad Dhani saja) yang sangatlah mengkagumi Ahmad Dhani. Jarak usia aku dan dia dalam 7 tahun, tapi itu tak mejurangkan apa-apa antara aku dan dia. Sekarang tengah "sibuk" mengandungkan anak pertama. Good Luck Sar, mintak-mintak comel laa anak you nanti
Jadi itulah antara kawan-kawan yang menarik dalam hidup aku selama ini. Mungkin ada yang aku tak sebut, insya Allah kalau ada lagi aku akan buat bahagian kedua untuk siri "Nama-nama WANTED" ini. Sebenarnya kawan-kawan lain pun penting dalam hidup aku. Cuma nama-nama yang aku sebut diatas ini memberikan kesan yang kuat terhadap pembentukkan diri aku sekarang. Apa yang mereka sumbangkan? Itu biarlah jadi rahsia aku sendiri.