Archive for September 20th, 2005

20
Sep

I’m back!!!!

Wah..lama jugak aku tak update blog nih..hehehe. Bukan apa, agak sibuk kebelakangan ni. Apa yang aku sibukkan? Haa.. aku dah start kerja :-p akhirnya..selepas satu jangka masa yang agak panjang aku menganggur, ALHAMDULILLAH untuk rezeki yang Dia bagi kat aku. Hehehe.. aku bukan aa nak poyo ngan keje aku ni pon (well, there’s nothing to brag bout my job pun..huhuh). Aku harap dengan kenyataan ni boleh menjawab kemusykilan Nisa atas "kesenyapan" aku selama ni.

Ada apa yang best tentang aku? Takdela best sangat, macam biasa aje. Tapi aku rasa cukup "berharga" kebelakangan nih. Mungkin sebab aku dah pun menjangkau usia 25 tahun. Yup, usia yang agak tua untuk main-main lagi. Serius kawan-kawan, pada aku lah.. 25 tahun ni boleh kita anggap sebagai satu batu penanda baru dalam hidup kita. Kita dah betul-betul beralih dari zaman pra-dewasa dan masuk kealam dewasa. 25 tahun jugak mendorong kita untuk ubah mentaliti kita dan juga mengubah persepsi kita terhadap hidup. Kalau sebelum ni kita mungkin selalu merungut dengan perjalanan hidup kita selama ni, biarlah dalam usia jubli perak ni kita belajar untuk menghargai hidup kita pulak.

"Hidup ini indah"…aku pinjam bait-bait lirik lagu dewa untuk ungkapkan apa yang aku rasa sekarang. Memang hidup aku ni indah. Lepas melalui satu tahun yang "suram", aku bersyukur pada Allah kerana berikan aku satu usia yang cukup bermakna buat aku. Dalam kesuraman yang aku lalui tahun lepas, banyak hal yang aku pelajari. Harga diri, persahabatan, nilai kekeluargaan, cita-cita dan macam-macam lagi. Seterusnya aku juga bersyukur pada Allah kerana pertemukan aku dengan kawan-kawan yang masih NAK ingatkan aku dalam keadaan sangat-sangat tak best. Korang memang bestla kawan-kawan. Aku sayang korang semua (chiss!! apesal aku merasa sungguh "GAY" nih? wahahahaha) Seterusnya, aku juga bersyukur sebab dilahirkan dalam keluarga yang masih nak terima aku dalam apa juga keadaan. Macam-macam musibah menimpa aku tahun ni, dan keluarga aku masih lagi menyokong aku (dengan cara diorang yang tersendiri laaa. Panas gak telinga kalo mendengarnye..heheheh). Memang mak dengan Ayah banyak membebel, tapi aku tau itulah cara diorang luahkan kasih sayang diorang (aneh sungguh). Dan sesungguhnya, tak ada yang lebih bermakna dengan adanya Tika dalam hidup aku. Serius geng, aku tak tahu ape lagi yang aku nak harapkan lepas dia datang dalam hidup aku (Tika, aku sayang banget sama kamu doank!!) Untuk Tika, makasih sayang kerna kamu sudi hadir dalam hidup aku.

So, itulah perkhabaran terkini tentang aku. Apa yang aku pelajari dalam 25 tahun ni? Mungkin aku boleh simpulkan macam ni. Tak kira berapa kuat pun kita jatuh, kita tetap akan berdiri balik…atas kaki sendiri. So, jangan mengalah dengan apa saja cabaran yang korang akan hadapi. Kalau jatuh, bangun balik. Kalau mampu berlari lepas terjatuh, terus berlari. Kalau setakat berjalan aje, bagus jugak. Tapi kalau mampu berdiri aje lepas jatuh, itulah yang terbaik.

Ape yang aku ngarut nih? entahlah Labu……..