Archive for September, 2005

29
Sep

Cita-cita? Angan-angan?

Aku terpanggil untuk menulis kali ni bukan apa…cuma sekadar nak curahkan apa yang ada dalam kepala aku yang dah mencapai tahap tepu dah ni. Sekurang-kurangnya kalau aku lepaskan…takdelah terbeban sangat otak aku ni. Masa tengah duduk sendirian kan, aku bertanya sendiri apa bezanya angan-angan dengan cita-cita?

          Ada yang kata, cita-cita tu satu matlamat dan angan-angan tu satu mimpi. Bila kita ada cita-cita, kita akan usahakan sebaik mungkin untuk gapai cita-cita kita. Munasabah, tapi adakah 100% tepat? Jawapan aku tak. Kenapa? Sebab aku antara golongan manusia yang gagal gapai cita-cita aku walaupun aku dah berikan 120% ikhtiar untuk nak sampai kesana.

         Mungkin ada yang akan kata, usaha aku tak cukup. Hello… apa keramat sangat ke kau orang yang kata macam tu untuk nilai ikhtiar dan usaha aku? Kalo betul usaha aku tak cukup, apakah ada "milestone" untuk kita gapai cita-cita kita? Ada standard yang perlu dipenuhi ke untuk capai cita-cita kita?

        Dan apakah cita-cita aku dah berubah jadi sekadar angan-angan sebab aku gagal gapai cita-cita aku…walaupun aku dah habis ikhtiar nak usahakan? Aku selalu pertikaikan hal ni, tapi baru kejap tadi aku terdiam dan rasenye tak nak persoalkan lagi hal ni bila bapak aku kata "Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk tu datangnya dari kita". Wajar ke lagi aku nak persoalkan?

Sebelum aku terlupa, hari sabtu ni rokok naik harga. Kepada siapa-siapa yang akan berhenti merokok tu, aku nak ucapkan "Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk tu datangnya dari kita". Hehehe, merokok ni membahayakan kesihatan kawan2…so betul laaa yang buruk tu datang dari kita. slamat berenti merokok (pada yang berhenti) dan teruskan perjuangan (pada yang masih nak bertahan)

20
Sep

I’m back!!!!

Wah..lama jugak aku tak update blog nih..hehehe. Bukan apa, agak sibuk kebelakangan ni. Apa yang aku sibukkan? Haa.. aku dah start kerja :-p akhirnya..selepas satu jangka masa yang agak panjang aku menganggur, ALHAMDULILLAH untuk rezeki yang Dia bagi kat aku. Hehehe.. aku bukan aa nak poyo ngan keje aku ni pon (well, there’s nothing to brag bout my job pun..huhuh). Aku harap dengan kenyataan ni boleh menjawab kemusykilan Nisa atas "kesenyapan" aku selama ni.

Ada apa yang best tentang aku? Takdela best sangat, macam biasa aje. Tapi aku rasa cukup "berharga" kebelakangan nih. Mungkin sebab aku dah pun menjangkau usia 25 tahun. Yup, usia yang agak tua untuk main-main lagi. Serius kawan-kawan, pada aku lah.. 25 tahun ni boleh kita anggap sebagai satu batu penanda baru dalam hidup kita. Kita dah betul-betul beralih dari zaman pra-dewasa dan masuk kealam dewasa. 25 tahun jugak mendorong kita untuk ubah mentaliti kita dan juga mengubah persepsi kita terhadap hidup. Kalau sebelum ni kita mungkin selalu merungut dengan perjalanan hidup kita selama ni, biarlah dalam usia jubli perak ni kita belajar untuk menghargai hidup kita pulak.

"Hidup ini indah"…aku pinjam bait-bait lirik lagu dewa untuk ungkapkan apa yang aku rasa sekarang. Memang hidup aku ni indah. Lepas melalui satu tahun yang "suram", aku bersyukur pada Allah kerana berikan aku satu usia yang cukup bermakna buat aku. Dalam kesuraman yang aku lalui tahun lepas, banyak hal yang aku pelajari. Harga diri, persahabatan, nilai kekeluargaan, cita-cita dan macam-macam lagi. Seterusnya aku juga bersyukur pada Allah kerana pertemukan aku dengan kawan-kawan yang masih NAK ingatkan aku dalam keadaan sangat-sangat tak best. Korang memang bestla kawan-kawan. Aku sayang korang semua (chiss!! apesal aku merasa sungguh "GAY" nih? wahahahaha) Seterusnya, aku juga bersyukur sebab dilahirkan dalam keluarga yang masih nak terima aku dalam apa juga keadaan. Macam-macam musibah menimpa aku tahun ni, dan keluarga aku masih lagi menyokong aku (dengan cara diorang yang tersendiri laaa. Panas gak telinga kalo mendengarnye..heheheh). Memang mak dengan Ayah banyak membebel, tapi aku tau itulah cara diorang luahkan kasih sayang diorang (aneh sungguh). Dan sesungguhnya, tak ada yang lebih bermakna dengan adanya Tika dalam hidup aku. Serius geng, aku tak tahu ape lagi yang aku nak harapkan lepas dia datang dalam hidup aku (Tika, aku sayang banget sama kamu doank!!) Untuk Tika, makasih sayang kerna kamu sudi hadir dalam hidup aku.

So, itulah perkhabaran terkini tentang aku. Apa yang aku pelajari dalam 25 tahun ni? Mungkin aku boleh simpulkan macam ni. Tak kira berapa kuat pun kita jatuh, kita tetap akan berdiri balik…atas kaki sendiri. So, jangan mengalah dengan apa saja cabaran yang korang akan hadapi. Kalau jatuh, bangun balik. Kalau mampu berlari lepas terjatuh, terus berlari. Kalau setakat berjalan aje, bagus jugak. Tapi kalau mampu berdiri aje lepas jatuh, itulah yang terbaik.

Ape yang aku ngarut nih? entahlah Labu……..