10
Aug
05

Muzik Malaysia: Kenapa Murung?

“Balik-balik dia aje yang keluar kat TV. Tak ada yang lain lagi ke?” itulah soalan protes yang selalu kita dengarkan bila setiap kali kita menonton televisyen. Manakan tidak, kalau saja kita tatap majalah hiburan tanahair, wajah yang sama dijadikan lampiran di setiap helaian mukasurat. Suratkhabar pun sama. Apa lagi televisyen?

Kenapa hal ini berlaku? Saya sentiasa persoalkan perkara ini dari dulu lagi. Kenapa setiap kalinya kita tatap majalah, suratkhabar, tengok televisyen, papan iklan dan macam-macam lagi, mesti terpampang wajah yang sama? Dan rata-ratanya mereka yang terlibat dalam bidang seni (khususnya bidang seni suara) yang selalu terpampang di helaian-helaian majalah dan akhbar arus perdana. Apa relatifnya isu yang ingin saya bangkitkan disini?

Ini adalah kerana industri seni kita semakin tenat. Industri seni kita terlalu dahagakan wajah-wajah yang boleh dikomersialkan dan sekaligus menjadi ikutan para peminat. Faktor wajah dan penampilan merupakan kunci kepada kejayaan seorang penggiat seni di tanahair kita. Bakat kita boleh ketepikan. Tapi pakej kena lengkap. Antara kita sedar atau tidak, inilah puncanya kenapa industri seni kita semakin malap dan pudar.

Sehingga kini, kita masih mencari dimana silapnya industri muzik kita. Kalau nak diuraikan satu persatu, memang panjang ceritanya. Tapi saya akan

cuba

ulas tentang perkara menurut pemerhatian saya dan juga melalui pergaulan dengan teman-teman yang terlibat dalam industri muzik tanahair.

Industri muzik di Malaysia digunakan sebagai kilang untuk menghasilkan “wajah-wajah yang ingin ditonton” di Malaysia. Setiap individu yang terlibat dalam industri muzik

Malaysia

dilihat sebagai ikon untuk penyokong-penyokong dan peminat-peminat mereka sendiri, tak kira individu ataupun berkumpulan. Jesteru itu, peluang ini digunakan oleh para kapitalis untuk menjana keuntungan mereka melalui kelompok individu yang bergelar artis.

Para

  pedagang barang-barang konsumer, produk-produk kesihatan dan kecantikan dan macam-macam lagi, semuanya menggunakan para artis sebagai duta produk mereka. Dan peluang ini digunakan oleh label-label syarikat rakaman untuk “melacurkan” artis-artis yang bernaung dibawah label mereka untuk menggandakan keuntungan mereka. Tahap pemikiran beginilah yang sedikit sebanyak telah merosakkan mentaliti insan-insan seni di 

Malaysia

. Pada hemat mereka, biarlah kualiti muzik kita ditahap “sampah” atau “longkang”. Lagu-lagu yang berkumandang di radio arus perdana jarang sekali mengulas mengenai isu-isu semasa atau polemic ilmiah dan sebagainya. Apa yang kita selalu disajikan? Cinta melarat, tak mahu hidup tanpa kekasih, dicurangi kekasih dan sebagainya.

Mahu atau tidak, itulah realiti industri muzik tanahair kita. Tapi wajarkah kita salahkan satu pihak untuk isu ni? Saya rasa ada banyak pihak yang terlibat dalam “konspirasi kemurungan muzik

Malaysia

” ini.

Seterusnya , saya ingin mempersoalkan defendan utama kita, para penyokong muzik tempatan. Kenapa susah sangat nak ubah persepsi dan mentaliti kita untuk majukan muzik

Malaysia

? Kebanyakan orang kita hanya nak dengar lagu yang hanya berkumandang diradio aliran perdana sahaja. Bagaimana kalau disogokkan dengan genre muzik yang belum pernah didengari dicorong2 radio arus perdana? Satu jawapan yang pasti, muzik tersebut tak akan kemana-mana. Muzik tersebut akan ditolak mentah-mentah oleh pendengar atau penyokong muzik

Malaysia

. Kerana apa? Kerana mereka (yang mengisytiharkan pendokong muzik

Malaysia

) ini tak hendak buang masa untuk memahami muzik-muzik sebegini. Dan ini merupakan satu senario yang amat menyedihkan dan sekaligus merencatkan mutu industri muzik

Malaysia

. Jadi, kunci utama untuk meningkatkan taraf muzik

Malaysia

ialah dengan mendidik para pendengar dan penyokong muzik

Malaysia

untuk menghargai “Muzik”, bukan “selebriti”, dalam ertikata lain apresiasi muzik. Itu yang utama sekali yang perlu kita perbaiki, demi kepentingan industri muzik

Malaysia

dan juga kualiti muzik

Malaysia

.

Bandingkan industri muzik kita dengan

Indonesia

sahaja, tak perlu pandang jauh. Kenapa artis-artis mereka jauh (saya betul-betul maksudkan jauh ya) lebih kehadapan daripada kita dan muzik yang mereka hasilkan amat berkualiti berbanding industri kita? Tak perlu kita bicarakan tentang penerimaan mereka untuk artis-artis underground mereka, cukup sekadar bicarakan mengenai artis aliran perdana mereka sahaja. Kenapa mereka jauh lebih maju berbanding kita? Kerana pendengar muzik mereka matang dan menghargai muzik yang mempunyai jatidiri mereka sendiri. Berbekalkan identiti mereka sendiri. Dan bila ,mereka menembusi pasaran industri muzik

Malaysia

, waktu itu banyaklah artis kita menyuarakan rasa tak puas hati mereka. Kenapa harus diagung-agungkan artis

Indonesia

? Apa kurangnya artis kita? Kekurangan artis kita (atau lebih tepat digelar selebriti) ialah mereka sendiri tak memperjuangkan muzik dan appresiasi seni. Mereka “terjun” ke dalam bidang muzik hanya berpaksikan wang.

Berbeza dengan artis-artis

Indonesia

, mereka masuk kedalam industri muzik dengan satu tujuan utama. Memperjuangkan muzik mereka berjatidirikan Negara mereka sendiri,

Indonesia

. Bukan muzik atau lirik murahan yang dihasilkan oleh kebanyakan artis

Malaysia

sendiri (oops! Maaf ya, terlalu keras pula). Jadinya sekarang, bukan sekadar para pendengar dan penyokong muzik

Malaysia

perlu menghargai muzik, artis juga perlu dididik untuk menghargai seni dan muzik dan kalau bolah, hasilkan muzik berjatidiri

Malaysia

. Kalau artis dan masyarakat penggemar muzik sendiri terdidik untuk menghargai seni dan muzik, sebarang masalah yang menghantui industri muzik Negara kita ini amat mudah untuk kita atasi. Masalah cetak rompak pun tak akan menjadi masalah besar. Dengan appresiasi muzik, lebih banyak ruang untuk “artis-artis” untuk bertapak berbanding “selebriti-selebriti” yang hanya tahu merungut. Dengan appresiasi muzik, tak mustahil satu hari nanti akan ada artis dari

Malaysia

yang akan mengharumkan nama Negara dipersada antarabangsa (tanpa harus bising-bising nak cari tajaan semata-mata nak harumkan nama

Malaysia

).

Dengan appresiasi muzik, kiat dapat naikkan taraf muzik kita setaraf dengan muzik antarabangsa, bukan sekadar nak kecohkan pencapaian yang tak tercapai.

Dengan appresiasi muzik, kita akan punya harga diri dan identiti kita sendiri.




1 Response to “Muzik Malaysia: Kenapa Murung?”


  1. 1    el August 14, 2005 at 10:11 am

    saya nasihatkan anda membaca novel “advencer si peniup ney”

    walaupun novel, pasti persepsi anda terhadap muzik sedikit berubah

Leave a Reply