Aku dah jelak, aku dah bosan.
Selak suratkhabar dalam minggu ni saja, tak sudah-sudah soal generasi aku tak ada sumbangan untuk negara. Soalnya, apa yang tak cukup lagi, pakcik dan makcik? Apa yang nak diperjuangkan?
Kebanggaan jadi rakyat Malaysia? Aku tau tak semua yang berbangga jadi rakyat Malaysia, tapi aku yakin ada juga yang punya semangat seperti aku yang menyayangi negara ni. Kalaupun kelompok lain tak bangga jadi rakyat Malaysia, mereka-mereka semua tu ikut acuan siapa? Acuan tu pula dibentuk oleh siapa? Tak mungkin kuih yang dibakar buat acuan sendiri kalau bukan tangan tukang buat kuih tu yang bentukkan acuannya.
Nak pertikaikan soal sumbangan, sumbangan macam mana yang pakcik-pakcik dan makcik-makcik nakkan? Nak generasi kami ke langit ketujuh? Nak generasi kami jadi cendikiawan terulung dan terhebat? Siapkan saja prasarananya. Jangan terang-terangan mempertikaikan keupayaan kami semua.
Kalau nak kata generasi kalian lebih unggul, itupun hanya kerana kalian tak hidup dalam era kami pakcik makcik. Letakkan diri kalian ditempat kami, baru kalian tahu mana tempat kalian.
Jangan hanya tahu nak menyalahkan siapa-siapa pakcik dan makcik. Suluh diri sendiri dulu didepan cermin. Kalau kail panjang sejengkal, laut dalam jangan diduga. Aku tak bermaksud nak perkecilkan kalian, cuma aku sudah jelak dengan bebelan kalian yang perasan hebat tapi bila berpencak kalian yang bermengah dulu.
Dan aku juga sedia maklum dengan corak kalian…terus saja tuding jari pada yang lain. Bawak-bawakla sedar diri pakcik makcik. Dunia bukan sekadar pandangan kalian. Renungkan.
Jangan digelar aku ni kurang ajar hanya kerana aku tak ikut acuan yang dibentuk kalian.
0 Responses to “Cukup-cukuplah tu….”
Leave a Reply