Archive for August, 2005

31
Aug

Cukup-cukuplah tu….

Aku dah jelak, aku dah bosan.

Selak suratkhabar dalam minggu ni saja, tak sudah-sudah soal generasi aku tak ada sumbangan untuk negara. Soalnya, apa yang tak cukup lagi, pakcik dan makcik? Apa yang nak diperjuangkan?

Kebanggaan jadi rakyat Malaysia? Aku tau tak semua yang berbangga jadi rakyat Malaysia, tapi aku yakin ada juga yang punya semangat seperti aku yang menyayangi negara ni. Kalaupun kelompok lain tak bangga jadi rakyat Malaysia, mereka-mereka semua tu ikut acuan siapa? Acuan tu pula dibentuk oleh siapa? Tak mungkin kuih yang dibakar buat acuan sendiri kalau bukan tangan tukang buat kuih tu yang bentukkan acuannya.

Nak pertikaikan soal sumbangan, sumbangan macam mana yang pakcik-pakcik dan makcik-makcik nakkan? Nak generasi kami ke langit ketujuh? Nak generasi kami jadi cendikiawan terulung dan terhebat? Siapkan saja prasarananya. Jangan terang-terangan mempertikaikan keupayaan kami semua.

Kalau nak kata generasi kalian lebih unggul, itupun hanya kerana kalian tak hidup dalam era kami pakcik makcik. Letakkan diri kalian ditempat kami, baru kalian tahu mana tempat kalian.

Jangan hanya tahu nak menyalahkan siapa-siapa pakcik dan makcik. Suluh diri sendiri dulu didepan cermin. Kalau kail panjang sejengkal, laut dalam jangan diduga. Aku tak bermaksud nak perkecilkan kalian, cuma aku sudah jelak dengan bebelan kalian yang perasan hebat tapi bila berpencak kalian yang bermengah dulu.

Dan aku juga sedia maklum dengan corak kalian…terus saja tuding jari pada yang lain. Bawak-bawakla sedar diri pakcik makcik. Dunia bukan sekadar pandangan kalian. Renungkan.

Jangan digelar aku ni kurang ajar hanya kerana aku tak ikut acuan yang dibentuk kalian.

31
Aug

Happy 48th Birthday, Malaysia

Selamat hari merdeka untuk Malaysia. Dah 48 tahun kau hidup berdikari Malaysia, dah banyak yang kau lihat, dah banyak yang kau rasa, dan juga dah banyak yang kau dengar. Betul tak tanahairku? Aku mengerti kegembiraanmu Malaysia, dan aku juga mengerti kekesalanmu. Aku juga tau apa yang paling kau kesalkan dan yang paling kau inginkan, wahai tanahairku. Sabarlah, mungkin akan tiba satu hari nanti dengan izin Yang Esa, kau akan dapat apa yang kau maukan, yang kau inginkan. Insya Allah…

10
Aug

Muzik Malaysia: Kenapa Murung?

“Balik-balik dia aje yang keluar kat TV. Tak ada yang lain lagi ke?” itulah soalan protes yang selalu kita dengarkan bila setiap kali kita menonton televisyen. Manakan tidak, kalau saja kita tatap majalah hiburan tanahair, wajah yang sama dijadikan lampiran di setiap helaian mukasurat. Suratkhabar pun sama. Apa lagi televisyen?

Kenapa hal ini berlaku? Saya sentiasa persoalkan perkara ini dari dulu lagi. Kenapa setiap kalinya kita tatap majalah, suratkhabar, tengok televisyen, papan iklan dan macam-macam lagi, mesti terpampang wajah yang sama? Dan rata-ratanya mereka yang terlibat dalam bidang seni (khususnya bidang seni suara) yang selalu terpampang di helaian-helaian majalah dan akhbar arus perdana. Apa relatifnya isu yang ingin saya bangkitkan disini?

Ini adalah kerana industri seni kita semakin tenat. Industri seni kita terlalu dahagakan wajah-wajah yang boleh dikomersialkan dan sekaligus menjadi ikutan para peminat. Faktor wajah dan penampilan merupakan kunci kepada kejayaan seorang penggiat seni di tanahair kita. Bakat kita boleh ketepikan. Tapi pakej kena lengkap. Antara kita sedar atau tidak, inilah puncanya kenapa industri seni kita semakin malap dan pudar.

Sehingga kini, kita masih mencari dimana silapnya industri muzik kita. Kalau nak diuraikan satu persatu, memang panjang ceritanya. Tapi saya akan

cuba

ulas tentang perkara menurut pemerhatian saya dan juga melalui pergaulan dengan teman-teman yang terlibat dalam industri muzik tanahair.

Industri muzik di Malaysia digunakan sebagai kilang untuk menghasilkan “wajah-wajah yang ingin ditonton” di Malaysia. Setiap individu yang terlibat dalam industri muzik

Malaysia

dilihat sebagai ikon untuk penyokong-penyokong dan peminat-peminat mereka sendiri, tak kira individu ataupun berkumpulan. Jesteru itu, peluang ini digunakan oleh para kapitalis untuk menjana keuntungan mereka melalui kelompok individu yang bergelar artis.

Para

  pedagang barang-barang konsumer, produk-produk kesihatan dan kecantikan dan macam-macam lagi, semuanya menggunakan para artis sebagai duta produk mereka. Dan peluang ini digunakan oleh label-label syarikat rakaman untuk “melacurkan” artis-artis yang bernaung dibawah label mereka untuk menggandakan keuntungan mereka. Tahap pemikiran beginilah yang sedikit sebanyak telah merosakkan mentaliti insan-insan seni di 

Malaysia

. Pada hemat mereka, biarlah kualiti muzik kita ditahap “sampah” atau “longkang”. Lagu-lagu yang berkumandang di radio arus perdana jarang sekali mengulas mengenai isu-isu semasa atau polemic ilmiah dan sebagainya. Apa yang kita selalu disajikan? Cinta melarat, tak mahu hidup tanpa kekasih, dicurangi kekasih dan sebagainya.

Mahu atau tidak, itulah realiti industri muzik tanahair kita. Tapi wajarkah kita salahkan satu pihak untuk isu ni? Saya rasa ada banyak pihak yang terlibat dalam “konspirasi kemurungan muzik

Malaysia

” ini.

Seterusnya , saya ingin mempersoalkan defendan utama kita, para penyokong muzik tempatan. Kenapa susah sangat nak ubah persepsi dan mentaliti kita untuk majukan muzik

Malaysia

? Kebanyakan orang kita hanya nak dengar lagu yang hanya berkumandang diradio aliran perdana sahaja. Bagaimana kalau disogokkan dengan genre muzik yang belum pernah didengari dicorong2 radio arus perdana? Satu jawapan yang pasti, muzik tersebut tak akan kemana-mana. Muzik tersebut akan ditolak mentah-mentah oleh pendengar atau penyokong muzik

Malaysia

. Kerana apa? Kerana mereka (yang mengisytiharkan pendokong muzik

Malaysia

) ini tak hendak buang masa untuk memahami muzik-muzik sebegini. Dan ini merupakan satu senario yang amat menyedihkan dan sekaligus merencatkan mutu industri muzik

Malaysia

. Jadi, kunci utama untuk meningkatkan taraf muzik

Malaysia

ialah dengan mendidik para pendengar dan penyokong muzik

Malaysia

untuk menghargai “Muzik”, bukan “selebriti”, dalam ertikata lain apresiasi muzik. Itu yang utama sekali yang perlu kita perbaiki, demi kepentingan industri muzik

Malaysia

dan juga kualiti muzik

Malaysia

.

Bandingkan industri muzik kita dengan

Indonesia

sahaja, tak perlu pandang jauh. Kenapa artis-artis mereka jauh (saya betul-betul maksudkan jauh ya) lebih kehadapan daripada kita dan muzik yang mereka hasilkan amat berkualiti berbanding industri kita? Tak perlu kita bicarakan tentang penerimaan mereka untuk artis-artis underground mereka, cukup sekadar bicarakan mengenai artis aliran perdana mereka sahaja. Kenapa mereka jauh lebih maju berbanding kita? Kerana pendengar muzik mereka matang dan menghargai muzik yang mempunyai jatidiri mereka sendiri. Berbekalkan identiti mereka sendiri. Dan bila ,mereka menembusi pasaran industri muzik

Malaysia

, waktu itu banyaklah artis kita menyuarakan rasa tak puas hati mereka. Kenapa harus diagung-agungkan artis

Indonesia

? Apa kurangnya artis kita? Kekurangan artis kita (atau lebih tepat digelar selebriti) ialah mereka sendiri tak memperjuangkan muzik dan appresiasi seni. Mereka “terjun” ke dalam bidang muzik hanya berpaksikan wang.

Berbeza dengan artis-artis

Indonesia

, mereka masuk kedalam industri muzik dengan satu tujuan utama. Memperjuangkan muzik mereka berjatidirikan Negara mereka sendiri,

Indonesia

. Bukan muzik atau lirik murahan yang dihasilkan oleh kebanyakan artis

Malaysia

sendiri (oops! Maaf ya, terlalu keras pula). Jadinya sekarang, bukan sekadar para pendengar dan penyokong muzik

Malaysia

perlu menghargai muzik, artis juga perlu dididik untuk menghargai seni dan muzik dan kalau bolah, hasilkan muzik berjatidiri

Malaysia

. Kalau artis dan masyarakat penggemar muzik sendiri terdidik untuk menghargai seni dan muzik, sebarang masalah yang menghantui industri muzik Negara kita ini amat mudah untuk kita atasi. Masalah cetak rompak pun tak akan menjadi masalah besar. Dengan appresiasi muzik, lebih banyak ruang untuk “artis-artis” untuk bertapak berbanding “selebriti-selebriti” yang hanya tahu merungut. Dengan appresiasi muzik, tak mustahil satu hari nanti akan ada artis dari

Malaysia

yang akan mengharumkan nama Negara dipersada antarabangsa (tanpa harus bising-bising nak cari tajaan semata-mata nak harumkan nama

Malaysia

).

Dengan appresiasi muzik, kiat dapat naikkan taraf muzik kita setaraf dengan muzik antarabangsa, bukan sekadar nak kecohkan pencapaian yang tak tercapai.

Dengan appresiasi muzik, kita akan punya harga diri dan identiti kita sendiri.

04
Aug

Ungu Violet

Baru lepas nonton filem ni kat pawagam. Kalau nak dibahaskan pasal kualiti atau bahasa filem, memang bukan aku orangnya yang patut bahaskan. Mungkin aku boleh bagi pendapat tentang isi filem ni.

Tema filem stereotype, tapi digarap dengan halus dan cemerlang oleh pihak yang terlibat. Uniknya filem ni, semua isu kisah sedih dan gembira dalam kehidupan manusia dicerna dalam satu filem yang hebat. Lakonan Dian matang, berbanding dengan Rizky (baik amik nicolas aje…lagi hidup dia belakon)

Bukanlah nak lebihkan filem luar, tapi indonesia memang terkenal dengan filem yang ikhlas, Thailand dengan filem genre aksi, Singapura pulak dengan filem Bahasa Inggeris yang tak kurang hebatnya. Kita? Semoga "Sepet" akan jadi perintis untuk filem2 berkualiti buatan Malaysia dan akan jadi batu penanda untuk filem Malaysia generasi baru. Tak perlu hangat-hangat taik ayam je macam filem2 yang diwar-warkan hebat sangat, kat pawagam penonton cuma dapat taik ayam.

01
Aug

Fanatism: Pembunuh kewarasan?

Pengail pergi mengail di tasik politik.

Harapannye nak tangkap ikan toman, tapi gune umpan nak tangkap ikan baung.

Anehnya bukan saja dapat ikan baung saja, ikan toman dengan talapia pun termakan umpan. Hehehe…

Fanatism membunuh kewarasan..betul ke?