07
Jul
05

Bakat?

Singapura tak pernah kehilangan bakat2 yang menakjubkan. Bermula dengan Ramli Sarip, pastu M.Nasir, dan beberapa nama baru yang aku tak ingat. Timbul persoalan kat kepala aku yang benak nih… apakah Malaysia tak dapat nak hasilkan produk yang sebagus tu? Dan yang paling utama, kenapa bakat hanya dicungkil dalam program realiti TV? Kenapa label-label besar mahupun label-label kecik kat Malaysia ni tak usahakan carik bakat-bakat yang terpendam ni? Kenapa pakej luaran yang jadi ukuran dalam industri muzik kita? Aku kagum dengan usaha seorang kawan dari Singapura, nickname dia "Serenade", umur 14tahun, dah buat single sendiri tajuk "tell me". Aku terkejut sebab budak umur 14tahun dah boleh dan mampu hasilkan single yang aku kirakan boleh dibanggakan jugakla. Nape kita tak boleh? Bukan nak pandang rendah kat kawan-kawan aku yang berjuang dalam industri ni, ada 2-3 orang yang boleh aku banggakan jugak. Tapi macam biasalah, yang bagus biasanya terperuk dan terus terperuk dalam dunia dia sendiri. Aku petik kata seorang kawan aku, seorang pejuang grunge di Kuala Kubu Bharu, Afiq namanya (serius geng, mamat ni memang power) muzik yang dihasilkan tak lebih daripada memberikan kepuasan pada diri sendiri. Kenapa? Aku tanya pada dia. Dia diam, dan sampai skarang aku masih menunggu jawapan dia. Aku harap jawapan dia samalah dengan apa yang aku fikirkan. Apa dia? Industri kita tak sedia nak terima bakat… rupa lagi penting!! Ape nak buat? Duit lagi berkuasa.




2 Responses to “Bakat?”


  1. 1    husna July 7, 2005 at 4:57 am

    industri sendiri yang tolak bakat dan mahukan rupa.bukan itu sahaja, malah masyarakat juga sentiasa dahaga dan mahukan rupa-rupa yang cantik.program realiti TV makin bercambah kerana itu yang masyarakat mahukan. Lumrah kehidupan di bumi sendiri, pahit macamana terpaksalah terima,orang kita juga.Tetapi, bila kita pandang orang luar yang berbakat seperti artis indonesia dan singapura, kita di tuduh tidak patriotik. Macam-macam hal orang Malaysia ni, Macam-macam ada… ;-p

  2. 2    Stixx July 7, 2005 at 6:15 am

    industri muzik kita…mmg hampeh…nuff said! :P

Leave a Reply