Archive for July 13th, 2005

13
Jul

Generasi Ketiga

Generasi ketiga merupakan satu individu yang sangat dinanti-nantikan dalam mana-mana keluarga normal. Mereka adalah penyambung kepada warisan generasi pertama dalam sesebuah keluarga. Kehadiran mereka dalam sesebuah keluarga mampu mengubah keadaan semasa keluarga itu, sama ada lebih baik dari sebelumnya ataupun sebaliknya (tapi selalunya, baik laa kan?)

                Aku menulis kat sini pun bukannya apa. Sebelum aku terlupa, terlebih dulu aku nak ucapkan tahniah kat keluarga Che Inn sebab dapat lagi seorang generasi ketiga dalam Famili tu. Baik, tujuan utama aku nak menulis kat sini mengenai generasi ketiga ni ialah untuk kongsi kegembiraan aku dengan korang semua. Apa yang aku maksudkan disini ialah, keluarga aku akan bertambah lagi satu generasi lepas ni. Ya.. apa yang aku maksudkan ialah akak kesayangan aku dah pon berbadan dua. Alhamdulillah, pasangan ni mungkin bernasib baik sebab tak perlu tunggu lama untuk dapat zuriat. Walaupon masih awal untuk diperkatakan (baru 6minggu), aku tak dapat nak bendung kegembiraan aku dengan berita ni.

            Dengan hadirnya generasi ketiga ni, aku dapat lihat yang ada perubahan dalam keluarga ni. Ayah nampak lebih sihat dari biasa, mak tak putus-putus senyum, abang ipar aku jadi semakin cemas (part ni memang aku suke..hehe), kakak pulak tak sudah-sudah dengan sakit dia dan macam-macam kerenah keluargaku boleh dilihat dalam minggu ni. Tapi aku jamin, setiap seorang individu dalam keluarga ni amat-amat bersyukur kehadrat Illahi dengan kurniaanNya kali ni. Aku sendiri tak sabar-sabar lagi nak menyambut kedatangan bayi ni.

                 Walaupon segalanya mungkin berlaku, aku tetap berharap Allah akan terus melindungi keluargaku dari sebarang musibah. Dan aku paling berharap agar bayi ni mampu buat mak dan ayahku lebih sihat, kakak dan abang lebih bahagia dan aku serta adik-adikku lebih gembira (walaupon ada sorang adik aku tu memang tetap setai makan sampah..hehehe). Aku sendiri dah sedia nickname untuk bayi ni. Kalo laki2, aku panggil dia Mat Sirat, kalo pompuan Mahsuri (sebab menurut teori doktor, ade kemungkinan baby ni terbentuk di Langkawi).

                    Aku harap bayi ni mampu bawa perubahan dalam hidup aku jugak. Mungkin dengan adanya bayi ni, hati aku lebih terbuka untuk bercinta balik? Harap-haraplah. Mungkin jugak dengan hadirnya bayi ni, aku mungkin boleh ubah hidup aku sendiri untuk jadi seorang yang lebih bermakna? Hanya Allah saja yang tahu. Kita hanya perlu menunggu.