Archive for July, 2005

24
Jul

Lagu baru Coldwaters..ehehehe

Tika

dalam keresahan kumencari-cari,
satu makna bagi hidupku ini
yang selama ini tak pernah punya erti
arah hidupku hanya berpandu kaki

(pre-chorus)
dan tika itu terpancar sang cahaya,
memancar terang menusuk mataku yg buta
mengelus lembut halus tangan ku yang luka
mengucup mulus dahiku dengan penuh cinta…

(Verse)
syukur kupanjatkan padamu tuhan
untuk bidadari yang kau titipkan
walau kita senantiasa dipisahkan,
di alam mimpi kau dan aku disatukan

Repeat pre-chorus

(chorus)
tika kau hadir dalam diri ini,
kau sirami kemarau yang lama melanda,

tika kau hadir dalam hati ini,
kau padamkan segala kebencian yang berakar,

tika kau hadir mengusap jiwa,
kau biuskan segala kepedihan lama,

tika kau hadir menuntun diriku,
kau pulihkan semangatku yang kian lesu,

tika kau hadir menyatakan cintamu,
kala itu aku kembali bernyawa,

(outro)
Tika…aku cinta padamu..sedalam-dalamnya

lagu ni terlalu dalam maknanya buatku. Terima kasih aku ucapkan untuk Shah sebab hasilkan lagu untuk lirik yang aku buat ni. Kalau ade kesempatan, mungkin Coldwaters akan perdengarkan lagu ni untuk kalian semua…Insya Allah

Terima kasih jugak untuk ilhamku… Tika :-)

20
Jul

Bangsa Subsidi

Bangsa subsidi? Pedas sungguh kritikan sahabat aku, tapi bila difikirkan balik ada kebenarannya. Mari kita renungkan.

        Selepas 49 tahun kita pegang tampuk pemerintahan sendiri, namakan padaku 10 orang kita yang betul-betul berjaya tanpa pengaruh politik. Siapa dapat bagi aku nama-nama ni, aku ucapkan syabas. Sebab yang aku betul-betul kenal, individu yang aku maksudkan cuma seorang saja kat Malaysia ni.

       Tak usahlah kita bangkitkan isu Proton, atau isu Khairy, atau AP, atau kontraktor Alibaba, atau penjaja lesen. Sebab aku dah muak baca semua ni dalam suratkhabar, dan aku dah muak dengar semua ni sebelum keluar dalam suratkhabar.

      Aku harap, Tok Bendahara kita boleh lakukan sesuatu dalam hal ni. Aku tanak fikiran Melayu baru tercemar dengan idea ni "nak cepat kaya, masukla XXXX. Senang nak dapat projek". Seperkara lagi, syabas untuk Tok bendahara sebab berjaya dalam pembedahan kanser dalam XXXX hari tu. Tapi ingat Tok, banyak lagi sel nak kena buang tu. Kuatkan semangat ye?

13
Jul

Generasi Ketiga

Generasi ketiga merupakan satu individu yang sangat dinanti-nantikan dalam mana-mana keluarga normal. Mereka adalah penyambung kepada warisan generasi pertama dalam sesebuah keluarga. Kehadiran mereka dalam sesebuah keluarga mampu mengubah keadaan semasa keluarga itu, sama ada lebih baik dari sebelumnya ataupun sebaliknya (tapi selalunya, baik laa kan?)

                Aku menulis kat sini pun bukannya apa. Sebelum aku terlupa, terlebih dulu aku nak ucapkan tahniah kat keluarga Che Inn sebab dapat lagi seorang generasi ketiga dalam Famili tu. Baik, tujuan utama aku nak menulis kat sini mengenai generasi ketiga ni ialah untuk kongsi kegembiraan aku dengan korang semua. Apa yang aku maksudkan disini ialah, keluarga aku akan bertambah lagi satu generasi lepas ni. Ya.. apa yang aku maksudkan ialah akak kesayangan aku dah pon berbadan dua. Alhamdulillah, pasangan ni mungkin bernasib baik sebab tak perlu tunggu lama untuk dapat zuriat. Walaupon masih awal untuk diperkatakan (baru 6minggu), aku tak dapat nak bendung kegembiraan aku dengan berita ni.

            Dengan hadirnya generasi ketiga ni, aku dapat lihat yang ada perubahan dalam keluarga ni. Ayah nampak lebih sihat dari biasa, mak tak putus-putus senyum, abang ipar aku jadi semakin cemas (part ni memang aku suke..hehe), kakak pulak tak sudah-sudah dengan sakit dia dan macam-macam kerenah keluargaku boleh dilihat dalam minggu ni. Tapi aku jamin, setiap seorang individu dalam keluarga ni amat-amat bersyukur kehadrat Illahi dengan kurniaanNya kali ni. Aku sendiri tak sabar-sabar lagi nak menyambut kedatangan bayi ni.

                 Walaupon segalanya mungkin berlaku, aku tetap berharap Allah akan terus melindungi keluargaku dari sebarang musibah. Dan aku paling berharap agar bayi ni mampu buat mak dan ayahku lebih sihat, kakak dan abang lebih bahagia dan aku serta adik-adikku lebih gembira (walaupon ada sorang adik aku tu memang tetap setai makan sampah..hehehe). Aku sendiri dah sedia nickname untuk bayi ni. Kalo laki2, aku panggil dia Mat Sirat, kalo pompuan Mahsuri (sebab menurut teori doktor, ade kemungkinan baby ni terbentuk di Langkawi).

                    Aku harap bayi ni mampu bawa perubahan dalam hidup aku jugak. Mungkin dengan adanya bayi ni, hati aku lebih terbuka untuk bercinta balik? Harap-haraplah. Mungkin jugak dengan hadirnya bayi ni, aku mungkin boleh ubah hidup aku sendiri untuk jadi seorang yang lebih bermakna? Hanya Allah saja yang tahu. Kita hanya perlu menunggu.

07
Jul

Nasib Sang Pencari Kerja 2

Kenapa aku masih tak bekerja? Aku terus persoalkan perkara nih sampaila skarang. Kenapa ya? Aku terlalu memilih? Tak jugak… yang aku keje call centre dulu, hari-hari kene maki…nak kata aku terlalu memilih? Tapi kalau difikirkan balik, tak berhak ke aku memilih kerja yang aku nak? Aku tak mintak keje yang "dok saja sambil makan gaji buta". Aku pilih kerja yang bersesuaian dengan bidang yang aku dah selami selama lima setengah tahun. Apa yang aku nak cumalah kerja dalam bidang tu. Memilih ke namanye? Okayla, untuk membuktikan yang aku tak memilih aku nak bagi satu contoh ek. Aku ade attend interview kat MAA sebelum nih, dan aku lepas stage satu. Lepas tu dia suruh aku buat medical checkup. Pastu, smalam aku dapat call dari HR MAA. Nak tau ape diorang cakap? Aku tak boleh keje kat situ sebab aku diramalkan bakal menghidap penyakit kronik. sampai skang aku tak paham ape yang diorang cakapkan nih. So, adakah aku masih salah kerana tak bekerja? Ntahlah Labu…….

07
Jul

Bakat?

Singapura tak pernah kehilangan bakat2 yang menakjubkan. Bermula dengan Ramli Sarip, pastu M.Nasir, dan beberapa nama baru yang aku tak ingat. Timbul persoalan kat kepala aku yang benak nih… apakah Malaysia tak dapat nak hasilkan produk yang sebagus tu? Dan yang paling utama, kenapa bakat hanya dicungkil dalam program realiti TV? Kenapa label-label besar mahupun label-label kecik kat Malaysia ni tak usahakan carik bakat-bakat yang terpendam ni? Kenapa pakej luaran yang jadi ukuran dalam industri muzik kita? Aku kagum dengan usaha seorang kawan dari Singapura, nickname dia "Serenade", umur 14tahun, dah buat single sendiri tajuk "tell me". Aku terkejut sebab budak umur 14tahun dah boleh dan mampu hasilkan single yang aku kirakan boleh dibanggakan jugakla. Nape kita tak boleh? Bukan nak pandang rendah kat kawan-kawan aku yang berjuang dalam industri ni, ada 2-3 orang yang boleh aku banggakan jugak. Tapi macam biasalah, yang bagus biasanya terperuk dan terus terperuk dalam dunia dia sendiri. Aku petik kata seorang kawan aku, seorang pejuang grunge di Kuala Kubu Bharu, Afiq namanya (serius geng, mamat ni memang power) muzik yang dihasilkan tak lebih daripada memberikan kepuasan pada diri sendiri. Kenapa? Aku tanya pada dia. Dia diam, dan sampai skarang aku masih menunggu jawapan dia. Aku harap jawapan dia samalah dengan apa yang aku fikirkan. Apa dia? Industri kita tak sedia nak terima bakat… rupa lagi penting!! Ape nak buat? Duit lagi berkuasa.

06
Jul

Brader Suhaibi

Mamat ni merupakan suami akak aku. Lulusan Al-Azhar Mesir, asal Kodiang. Apa yang korang boleh buat kesimpulan kat sini? Rata-rata orang akan bercakap, dia ni mesti reserve type, boring, ortodox, tak suke bercampur ngan orang, zuhud gile-gile, susah nak get along dengan orang macam aku (well, at least aku pikir camtu memula dulu) Jadinya, apa pasal aku nak tulis pasal dia? Sebabnye, aku nak bagitau yang aku dah salah. Semua jangkaan aku pasal dia 100% salah!! Kenapa? Heh.. selepas sebulan jadi ahli keluarga aku, dia betul2 tunjukkan dia punye true color. Brade ni stok klakar jugakla, tapi klaka yang tersendiri. Korang paham tak ape yang aku maksudkan? Maknenye macam kalo sesetengah orang buat lawak, diorang expect ade orang tergelak bile dengar lawak dia (walaupon tak klaka). Berbeza ngan abang ipar aku nih, dia buat lawak sendiri. Tapi pada yang terdengar dia bercakap tuh, memang tergelak besarla (aku adalah bukti yang soheh). Dan yang pasti, dia bukanlah reserve type, boring, ortodox, tak suke bercampur ngan orang, susah nak get along dengan orang macam aku dan sebagainya sebab dalam masa sebulan, baru aku tau bestnya ade abang (sebab aku abang besar dalam family ni). Mungkin ade yang cakap, eleh takat sebulan bolela nak click…dah lama-lama kang taulah ngkau. Mungkin perkara tu akan terjadi, mungkin tak. Itu semua ada dalam perancangan Allah, tapi aku harap tak la macam tu nanti. To Abang Suhaibi, walaupon dah lambat nak ucapkan selamat datang ke dalam keluarga ni, aku harap kau akan bimbing keluarga ni ke jalan yang diredhai Allah… dan terima kasih sebab sudi terima kami sekeluarga sebagai sebahagian dari hidup kau.