Baru-baru ni aku dikejutkan dengan satu berita. Sepupu aku (2orang) yang baru habis spm gagal menempatkan diri ke mane2 IPTA kat Malaysia ni. Menarik… aku pikir. Kenapa sampai jadi macam tu? Apakah lulusan SPM 2004 memang tak berkualiti sampai jadi macam tu? Aku tak setuju kalau itu sebabnya, Kenapa? Sebab SPM tahun ni yang aku kira agak membanggakan, tambah lagi dengan kejayaan Amalina. Tapi kenapa jadi macam tu? Disini aku cume boleh simpulkan satu perkara sahaja. Malaysia menuju kearah yang sama dengan Indonesia, India, Bangladesh dan sebagainya. Kenapa? Korupsi. Sorrylah kalau dakwaan aku ni terlalu keras untuk sesetengah pihak. Tapi dari pemerhatian aku, inilah Malaysia. Sedangkan aku sendiri 6bulan meyeksa diri dok carik kerja, apa lagi adik2 kita yang tak dapat nak sambung studies ke peringkat yang lebih tinggi? Sapa2 yang ada jawabannye, jemputla bagi feedback kat aku. Tapi kenapa korupsi? Hehehehe, kita tunggula dalam edisi selepas ni ye. Aku ada hal sket skarang ni. Aku akan sambung bile ada kelapangan, Insya Allah.
20
Jun
05
0 Responses to “Nasib Sang Pencari Kerja”
Leave a Reply