aku terpanggil untuk menulis tentang isu ni bukan kerana apa, mungkin pasal dah terlalu lama aku dok peram pendapat aku berkenaan perkara nih. Pemandu Malaysia… ada apa dengan etika pemanduan pemandu Malaysia? Banyak yang nak aku kritik. As usual, aku bangkitkan dulu isu pemandu kurang ajar. Berapa luas skop pemandu kurang ajar? Tak perlu aku ulas mengenai "road bully" sebab isu ni dah selalu diperkatakan. Skop kurang ajar aku lebih kepada "kebodohan" kebanyakan pemandu2 Malaysia. Kurang ajar pada aku tak terhad kepada aksi tunjuk jari ataupun mencarut pada pemandu lain. Kurang ajar pada aku ialah memandu seolah-olah mak bapak diorang yang bayar untuk turap tar kat jalanraya tu, ataupon ringkasnya… "makbapak" diorang punya jalan. Suke hati diorang aje memandu ikut jalan yang diorang nak, buat double parking macam yang diorang nak, suke hati diorang tempuh jalan yang dah ditutup untuk tujuan kenduri, suke hati diorang berhenti tengah jalan nak tunggu pakwe diorang ge kencing kat toilet, dan yang paling best, suke hati diorang jer block jalan pemandu lain semata2 nak rebut parking untuk ke pasar malam. Begitu jugak dengan attitude beberapa pemandu yang suke amik masa sendiri kat traffic light ( yang ni aku bebetul hangin). Masa kat traffic light la nak bercanda mesra, nak suap2 aiskrim, nak belai2 rambut si awek dan macam2 lagi. Kenapa jadi macam ni? Apakah traffic light tu memang tempatnya kita nak berlengah2, walaupon kita tahu yang kita perlu kejar masa sebelum lampu bertukar jadi merah? Kenapa perlu dilengahkan perkara yang perlu dicepatkan? Perkara ni masih jadi persoalan dalam kotak kepala hotak aku skarang ni. Perkara seterusnya, pemanduan yang "terlalu cermat". Aku memang maklum dengan slogan pandu cermat jiwa selamat. Tetapi, pemanduan yang terlalu cermat sebenarnya boleh membunuh. Bayangkan dalam situasi pemandu A memandu pada kelajuan minimum (road hogging), dan pemadu B pulak nak cepat. Bila pemandu B dah terdesak nak cepat, dia akan amik alternatif yang merbahaya untuk pintas pemandu A. Dan disinilah terjadinya kemalangan yang mungkin meragut nyawa. Aku tahu, mungkin ramai yang tak setuju dengan idea aku mengenai etika pemanduan pemandu Malaysia ni, tapi inilah kenyataan dan realitinya. Soalnya sekarang, apa tanggungjawab kita untuk nak sedarkan majoriti pemandu di Malaysia yang bersikap macam ni? Tepuk dada, tanya selera.
Search
Months
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008
- May 2008
- March 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- July 2007
- June 2007
- February 2007
- December 2006
- October 2006
- August 2006
- July 2006
- June 2006
- April 2006
- March 2006
- February 2006
- January 2006
- December 2005
- November 2005
- October 2005
- September 2005
- August 2005
- July 2005
- June 2005