28-05-2005, tarikh keramat tu. Malam tu malam akad nikah kakak aku, dan malam tu jugak Dewa buat konsert live kat Malaysia. Selaku baladewa yang setia, dah jadi kewajiban untuk aku sama-sama berada kat sana malam tu. Tapi dalam kondisi macam ni, aku terpaksa buat pilihan antara Dewa dan kakak aku. Aku pilih kakak aku. Sebab? Perlu bagitau ke? Takyahla kot. Baik aku tumpukan saja pada akibat dari pilihan aku.
Aku tak kesal pilih wedding kakak aku, bahkan aku rase itulah pilihan terbaik yang pernah aku buat selama ni. Dewa boleh datang lagi, itu pasti (hopefully diorang tak datang lagi masa aku kawin plak..hehehe)
Aku tak tahu sama ada ini dirancang ataupun kebetulan. Tapi korang semua perasan tak, bila satu perkara baru mengejutkan kita dalam akhbar-akhbar harian, 2-3 hari lepas tu mesti ade kes yang sama berlaku kat tempat lain. Aku bagi contoh la, kes ragut yang membawa kematian. Mula-mula ada seorang lelaki jadi mangsa kena bunuh dengan peragut. Tak lama lepas tu, ada pulak seorang wanita Cina yang kene serang dengan peragut sampai koma kat hospital. Kes seterusnya, serangan anjing-anjing peliharaan kat jiran rumah sebelah. Mula-mula, budak kat Putrajaya kena serang, lepas tu kes yang sama kat tempat lain plak. Kes seterusnya, belasah junior sampai masuk hospital. Mula-mula, kat satu negeri. Lepas tu merebak ke negeri lain. Itu tak masuk lagi kes kidnap baby kat hospital. Mula-mula kat kedah, lepas tu kat negeri lain pulak. Kes hilang dalam hutan pon boleh berjangkit. Mula-mula budak Cina empat orang hilang, pastu boleh plak anak-beranak hilang sama-sama. Itu yang memusykilkan aku. Benda-benda ni terjadi, dirancang atau memang kebetulan? Bingung!!
Ape ni? Nombor ape ni? Nombor ekor ke? Nombor ekor pun 4 digit aje. 98075044 adalah siri susunan nombor yang membawa banyak makna kepada sesiapa yang terlibat. 98075044 bermaksud realiti, penolakan, depresi dan pembentukan diri aku sendiri sekarang. 98075044 bermaksud sejarah.
Tapi, realitinya… 98075044 cumelah nombor kad metrik dia masa diploma.. hahaha!!
Malam kelmarin aku layan music yang dicipta oleh Bach dan Beethoven, ’soul searching’ sangat la konon. Tengah-tengah dengah Fur Elise, mata ni jadi berat dan tup tup aku terido kat PC. Yang menariknye, walaupon aku dibuai music yang dibawa Bach dan Beethoven sebelum…. lagu yang berkumandang dalam mimpi aku bukan lagu mamat 2 orang tu. Tapi lagu Sani Sudin "Kopi dan Roti". Bermain2 melodi lagu tu dalam kepala otak aku seharian semalam. Untuk nak merujuk hal ni, aku tanyala Mamak, sahabat aku yang arif dalam hal-hal penulisan (sebab dia punye pendapat bole pakai dalam bidang2 penulisan dan juga biodata penulis2 hebat macam Sani Sudin) Korang tau ape reaksi Mamak? Dia gelakkan aku!! Haha!! Menariknya, untuk malam seterusnya, aku terus dibekalkan dengan melodi lagu Kopi dan Roti, dan aku tak faham kenapa. Bangun dari tido aku buat kesimpulan. Sani Sudin sebagus Bach dan Beethoven dalam bidang masing-masing. Tak setuju? Suke hati korangla…
aku terpanggil untuk menulis tentang isu ni bukan kerana apa, mungkin pasal dah terlalu lama aku dok peram pendapat aku berkenaan perkara nih. Pemandu Malaysia… ada apa dengan etika pemanduan pemandu Malaysia? Banyak yang nak aku kritik. As usual, aku bangkitkan dulu isu pemandu kurang ajar. Berapa luas skop pemandu kurang ajar? Tak perlu aku ulas mengenai "road bully" sebab isu ni dah selalu diperkatakan. Skop kurang ajar aku lebih kepada "kebodohan" kebanyakan pemandu2 Malaysia. Kurang ajar pada aku tak terhad kepada aksi tunjuk jari ataupun mencarut pada pemandu lain. Kurang ajar pada aku ialah memandu seolah-olah mak bapak diorang yang bayar untuk turap tar kat jalanraya tu, ataupon ringkasnya… "makbapak" diorang punya jalan. Suke hati diorang aje memandu ikut jalan yang diorang nak, buat double parking macam yang diorang nak, suke hati diorang tempuh jalan yang dah ditutup untuk tujuan kenduri, suke hati diorang berhenti tengah jalan nak tunggu pakwe diorang ge kencing kat toilet, dan yang paling best, suke hati diorang jer block jalan pemandu lain semata2 nak rebut parking untuk ke pasar malam. Begitu jugak dengan attitude beberapa pemandu yang suke amik masa sendiri kat traffic light ( yang ni aku bebetul hangin). Masa kat traffic light la nak bercanda mesra, nak suap2 aiskrim, nak belai2 rambut si awek dan macam2 lagi. Kenapa jadi macam ni? Apakah traffic light tu memang tempatnya kita nak berlengah2, walaupon kita tahu yang kita perlu kejar masa sebelum lampu bertukar jadi merah? Kenapa perlu dilengahkan perkara yang perlu dicepatkan? Perkara ni masih jadi persoalan dalam kotak kepala hotak aku skarang ni. Perkara seterusnya, pemanduan yang "terlalu cermat". Aku memang maklum dengan slogan pandu cermat jiwa selamat. Tetapi, pemanduan yang terlalu cermat sebenarnya boleh membunuh. Bayangkan dalam situasi pemandu A memandu pada kelajuan minimum (road hogging), dan pemadu B pulak nak cepat. Bila pemandu B dah terdesak nak cepat, dia akan amik alternatif yang merbahaya untuk pintas pemandu A. Dan disinilah terjadinya kemalangan yang mungkin meragut nyawa. Aku tahu, mungkin ramai yang tak setuju dengan idea aku mengenai etika pemanduan pemandu Malaysia ni, tapi inilah kenyataan dan realitinya. Soalnya sekarang, apa tanggungjawab kita untuk nak sedarkan majoriti pemandu di Malaysia yang bersikap macam ni? Tepuk dada, tanya selera.
She seemed dressed in all of me,
stretched across my shame.
All the torment and the pain
Leaked through and covered me
I’d do anything to have her to myself
Just to have her for myself
Now I don’t know what to do,
I don’t know what to do when she makes me sad.
She is everything to me
The unrequited dream
A song that no one sings
The unattainable,
Shes a myth that I have to believe in
All I need to make it real is one more reason
I don’t know what to do,
I don’t know what to do when she makes me sad.
But I won’t let this build up inside of me
I won’t let this build up inside of me
I won’t let this build up inside of me
I won’t let this build up inside of me
A catch in my throat choke
Torn into pieces
I won’t, no!
I don’t wanna be this…
She isn’t real
I can’t make her real
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang…….
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit…..
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir…..
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di
sana….
kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata……..
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan….
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde…….
tapi……
kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA
BUNGA
ROS,SEPERTI AIR,BAK
BULAN,SEPERTI
LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN &
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap KAWAN
tau tak sebab ape???
sebabnye……
sekali aku dah KAWAN ngan dia
selamanye dia ttp KAWAN aku………..
Baru-baru ni aku dikejutkan dengan satu berita. Sepupu aku (2orang) yang baru habis spm gagal menempatkan diri ke mane2 IPTA kat Malaysia ni. Menarik… aku pikir. Kenapa sampai jadi macam tu? Apakah lulusan SPM 2004 memang tak berkualiti sampai jadi macam tu? Aku tak setuju kalau itu sebabnya, Kenapa? Sebab SPM tahun ni yang aku kira agak membanggakan, tambah lagi dengan kejayaan Amalina. Tapi kenapa jadi macam tu? Disini aku cume boleh simpulkan satu perkara sahaja. Malaysia menuju kearah yang sama dengan Indonesia, India, Bangladesh dan sebagainya. Kenapa? Korupsi. Sorrylah kalau dakwaan aku ni terlalu keras untuk sesetengah pihak. Tapi dari pemerhatian aku, inilah Malaysia. Sedangkan aku sendiri 6bulan meyeksa diri dok carik kerja, apa lagi adik2 kita yang tak dapat nak sambung studies ke peringkat yang lebih tinggi? Sapa2 yang ada jawabannye, jemputla bagi feedback kat aku. Tapi kenapa korupsi? Hehehehe, kita tunggula dalam edisi selepas ni ye. Aku ada hal sket skarang ni. Aku akan sambung bile ada kelapangan, Insya Allah.